Resepi Brownies Senang dan Sedapppp!

Assalamualaikum!

Halo-halo. Buat apa tu? Hihii.
Cerita dia, tiap kali timbul hasrat nak buat kek dan yang seangkatan dengannya, selalu patahkan semangat sendiri sebab kat rumah ni belum ada mixer. Walaupun, ada jer resepi yang tak perlu guna mixer, tetap berdegil nak cukupkan dulu kelengkapan baru nak start baking.

Yang ada kat rumah ni cuma hand-whisker cap Tesco sajer. Sampaikan baru-baru ni Lulu tanya nak apa for wedding gift? And I request stand mixer! Hahaaa! Siap demand nak yang kaler-kaler. Untungggggla kalau dapat. Syukur, Alhamdulillah. Tengkiu Lulu! Lebiu! Hahaaa!

Sekali tu.....dengan satu gambar Brownies yang di-tag di Facebook oleh Tunang patik yang terTonjer tanpa sebarang caption, tewas diri ini. Setewas-tewasnya. Aku ni tak boleh kalau bab orang kepingin-kepingin makan ni. Tak sampai hati. Mesti nak tunaikan. Bergegas google resepi Brownies yang mudah, cepat dan sedap. Dan yang penting tak suruh guna mixer. Hahaa!

Terimalah, resepi 'Brownies Terpana Daku Melihatmu Di Facebook, Kepingin Lalu Mudah Saja Tag Sesiapa Yang Berkenaan.' Aspirasi sepenuhnya dari resepi Blog Masam Manis. Thank You Kakak.


Bahan-Bahan.

1) 100g kekacang. (optional) Aku guna 50gm Walnut dan 50gm Hazelnut. Panggang dalam oven. Tengok2.
2) 90gm tepung gandum (di ayak).
3) 50gm serbuk koko (di ayak).
4) 250gm (satu buku) butter. Aku guna cap Buttercup. Di potong dadu.
5) 400gm coklat masakan dipotong dadu. 
6) 5 biji telur gred A. Aku guna saiz M. Patut saiz L la kan? Ada ke saiz L? Hahaa! Belasah jer. 
7) 1 sudu teh esen vanila.
8) 1 sudu besar coklat emulco.
9) 290gm gula perang (brown sugar). Aku guna 250gm jer sebab coklat masakan aku tu bukan dark choc.
    (Teori ni aku memandai-mandai jer. Hahaa!)

Cara- Cara.

1) Satukan tepung dan serbuk koko yang telah di ayak. Gaul rata bersama kekacang yang telah dipanggang.
2) Sementara tu cairkan butter dan coklat masakan dengan cara double-boiler. Jangan lama, bila dah cair alih dari api dan sebatikan.
3) Dalam mangkuk lain, whisk kan telur, gula perang, esen vanila dan coklat emulco sampai gula cair. Tak yah lama pun. Nak tau cair ke tak, colek la sikit. Kalau takde ketul gula tu, ok lah dah tu. Macam gambar 5.
4) Masukkan coklat dan butter yang dah cair tadi dalam adunan. Rujuk gambar 6.
5) Ni penting. Lepastu, masukkan campuran tepung sikit-sikit dan ratakan. Adunan akan jadi kental. So, guna pengkaup macam aku punya tu senang. Time ni, mak aih. Boleh tumbuh muscle, mengacaunya. Hihii.
6) Masukkan adunan dalam loyang yang di grease dengan marjerin/butter dan lapik kertas minyak. Aku guna loyang saiz 26cm X 26cm.
7) Bakar pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 45 minit, api atas bawah. Boleh la check jugak kalau nak tau dah masak ke belum. Kalau belum, tambah masa.
8) Jika dah masak, rehatkan Brownies lama sikit sebelum potong.


Tadaaa! 
Boleh lah dikatakan berjaya dalam percubaan kali pertama. Kalau makan dengan aiskrim vanila mesti maa-laa-thopp! Hahaa Neelofa sangat.


ps - Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.