Ayam Panggang Sempoi Dann? Dan Apa? Pandaiii. Hahaa!

Assalamualaikum!

Hola-holaaa! 

Ketandusan idea untuk memasak? Jangan gundah-gulana. Google kan adaaa. Hahaaa!
Kemain semangat sejak nak due date ni. Ececehh. Korang pulak jangan pandang serong kat aku asik share resepi jer. Nak tunjuk rajin leteww kata ko. Oyo la tu? Hahahaa! Nanti Akak majuk, pukul-pukul dada, sapa yang rugi? Hihii. Tulis resepi kat blog ni, boleh la tengok-tengok balik kalau lupa. Yang utama, niat aku nak share dengan orang lain yang kot-kot singgah sini. Tu je. Takkan tabuliii. Uhuk.

Okay!

Resepi asal Ayam Panggang ni aku ambik dari blog Kak Fila. Tapi menjadi NorabukanLola, adakah aku akan patuh kepada resepi? Jika tak banyak, pasti sedikit penderhakaan akan berlaku. Hahahaa! 

Bahan-Bahan.

 
1) Ayam. Jangan buang kulit tapi aku buang lemak dia yang melampau. Tak melampau, biarkan. Time tu aku cuma beli 2 ketul whole-leg (betul ke aku ni) dengan 5 ketul kepak jer. Tak bajet nak panggang pun. Nak cantik pakai sekor ayam la..baru acah-acah omputih.

2) Satu (1) batang carrot dipotong panjang-panjang.

3) Tiga (3) biji kentang dibelah 6. Kalau belah 4 nanti takut tebal lambat empuk. Tapi, ikut sukalah.   

4) Satu (1) biji bawang Holland. Potong 6 jugak.

5) Lima (5) biji bawang putih. Diketuk saja.

6) Halia dalam seinci panjang dihiris nipis.

7) Sedikit butter/marjerin.

Bahan Perapan.

Ni masalah sikit. Sebab time tu aku main tuang-tuang aja. Tapi jangan bimbang. Kita ni kalau masak, doa+confident+oyo, Insyaallah Allah tolong. Heee. Bahan-bahan perapan aku guna macam dalam gambar no. 3 tu okay. Guna dalam sesudu lebih kurang macam tu dan kacau rata semuanya dalam mangkuk berasingan.

1) Kicap pekat. Aku guna Sos ABC tu.
2) Kicap manis.
3) Sos Tiram
4) Sos Lada Hitam
5) Serbuk Lada Putih
6) Sebijik kiub Pati Ayam
7) Mix Herbs (optional)
8) Madu. (optional) Aku guna madu tualang. Hahaa! Dah itu jer yang ada. Kalau takde, ganti dengan gula.

Cara-Cara.

1) Keringkan ayam guna kitchen tissue. Ni penting ni. Buat jangan tak buat.

2) Ratakan bahan perapan dengan ayam. Sapu di bawah kulit ayam sekali. Satukan sekali bawang, halia dan bawang putih. Aku gaul rata sekali dengan butter.

3) Kentang dan carrot pulak aku gaulkan dengan 'garlic spread' cap Buttercup. Ni saja je la. Bajet konon lagi sedap. Hihi. Lepastu baru aku letak dalam tray.

4) Lapik tray dengan aluminium foil (optional). Tak lapik kaluuuu..penat cuci.  Tu je. 

5) Panaskan oven dulu suhu 200 darjah dalam 10 minit.

6) Panggang ayam suhu 200 darjah, api atas bawah selama lebih kurang 40 minit.

And finallyyyyyy...ting! Siap!


Aku buat jugak mashed potato dengan blackpepper gravy dia. Kentang tu senang je. Rebus dengan sedikit garam, lenyek dan campur kan sedikit susu segar dan butter. Siap.

Ni nak share blackpepper gravy. Aku dah selalu buat tapi kali ni aku guna resepi lain.

Bahan-Bahan.


1) Satu (1) labu bawang Holland potong dadu.
2) Lima (5) ulas bawang putih cincang. Aku guna 1 sudu chopped garlic beli kat Tesco jer. Hihi.
3) Kicap manis. Banyak dia ikut nak gravy hitam mana. 
4) Satu (1) sudu sos tiram
5) Dua (2) sudu sos lada hitam
6) Satu (1) kiub pati ayam
7) Tiga (3) sudu tepung gandum. Selama ni aku guna tepung jagung. Pun boleh.
8) Sedikit butter untuk menumis.

Cara-Cara.

1) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan tepung gandum.
3) Masukkan air ikut kepekatan kuah.
4) Masukkan semua bahan-bahan lain tu dan ejas lah kaler gravy guna kicap. 
5) Rasalah. Nak manis tambah gula, nak masin tambah garam. Ada kurang yang lain, tambahlah ikut suka. No hal lah. Hahaaa!

Apalagiiiii. Angkat vontot anda dan masak sekarang! Hahaaa! Paksa.

ps - Tak ada nota tambahan hari ni. Panjang kot entri ni. Penat ar.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang