Resepi Fettuccine Goreng Sedap Plus Cerita Kawin Sikit

Assalamualaikum!

Tak menahan, kalau entry resepi jer aku mesti nak taruk sedap kat belakang. Hahahaa! Haruslah. Bajet sedap je walau hakikatnya hanya aku yang ngertik. Hihii.

Introduction please!! (Yada-yada-yada)

Baki hidup bujang, Insyaallah tinggal beberapa hari je lagi. Terima kasih kepada Emak, Adik-Beradik, Ipar-Duai, Pakcik, Saudara-Mara dan Kawan-Kawan yang banyak sangat hulur bantuan, sokongan dari pelbagai sudut, segi dan bentuk untuk raikan aku dan bakal suami. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Semua almost ready kecuali aku tak sempat fitting baju sanding aku. Biar betik? Ya, udah-udahlah. Akak redho. =_=

Kemain nak dekat, kemain bertambah selera makan aku. Kemain subur pulak jerawat tumbuh kat muka aku yang tembun ni. Nak marah pun tak guna. Jadi kita enjoyyyy! Hahaa! Giler.

Semalam dapat jemputan makan tengahari dari kawan Tunang TerTonjer. Terima kasih jamu kami orang makan nasik yang sedap. Aku time tu kemain, makan sesenduk nasik jer. Bila malam sikit, mulalah selongkar peti ais. So, terciptalah resepi aspirasi dari hati aku yang tulus dan lurus. Makan lah sahaja, usah pedulikan lagi berat badan bertambah. 


Bahan-Bahan (Semua agak-agak sesuai dengan banyak Fettuccine nya)

1) Olive oil untuk menggoreng
2) Perasa Lea & Perrins
3) Fettuccine (direbus hingga ala-dente)
4) Chili Flakes (optional) Kalau takde, boleh ganti cili padi atau cili kering digunting2 untuk efek pedas
5) Bawang putih dicincang. Aku guna chopped garlic yang jual kat Tesco jer. Cepat dan mudah! Heee.
6) Serbuk pati ayam 
7) Ayam kisar (optional). Kalau takde, boleh ganti lain-lain bahan macam telur ke, daging ke, fishball ke, etc.

Cara-Cara

1) Panaskan olive oil. Biar lebih sikit takpe.
2) Masukkan chopped garlic dan tumis hingga naik bau.
3) Masukkan ayam kisar, hancur-hancurkan.
4) Bubuh barang sesudu besar Lea & Perrins
5) Tambah serbuk pati ayam
6) Masukkan Fettuccine dan gaul rata
7) Last sekali baru taburkan chili flakes. 

Tadaaa!!!


Tu aku ada bubuh meatball jugak.

ps - Aku masak guna magic pan je. Takyah keluarkan kuali.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang