My Cheeky Meychah

Assalamualaikum.

Ntah. Hari ni tiba-tiba rasa rindu dekat anak buah aku sorang ni. Putery Qalesya. 
Kadang-kadang aku panggil dia Mak Esah, Malicha, Makwe Keting and whatsoever. Hahaaa!

Sejak aku kawin, tak taulah kenapa Tonjer aku jadi mangsa keadaan. Cukup anti kat Tonjer aku tu. Yang mamat tu pulak, kalau tak menyakat tak sah. Kadang-kadang tu, tengah elok-elok berbaik, duduk atas riba bagai, tiba-tiba Mak Esah sentap. Sebab...kena gigit la, kena pulas la, kena ejek lah. Sungguh tak berseni suami aku melayan budak perempuan. Hahaaa!

Ada satu kali, dekat kampung aku dah kepenatan sangat terbaring atas katil. Anak-ank buah aku yang lain bertebaran kat lantai sambil tengok tivi. Mak Esah pulak himpit-himpit aku atas katil. Dia tengok tivi jugak. Aku dengan suami kan ala-ala lovebirds, duduk jauh pun mesti kena pegang. Tak kira la dapat hujung jari ke, hujung rambut ke. Mesti nak meleseh. Hahaha!

Sekali suami aku pegang tangan aku tau-tau je kena sound 'Haa, tangan tu.' 
Hahaaa! Ok, tarik balik. Jap lagi pelan-pelan tangan berjalan pegang kat lain pulak. Mak Esah awasi je gerak geri suami aku. 'Ha, ha. Tu apa lagi?' 
Adoiii laaa. Aku nak gelak pun tak larat. Ntah kenapa suami isteri tak boleh berpegang-pegangan? Dia tak tau ke dosa boleh berguguran? Hahaaa!

Tapi tu la tahap dia punya anti dekat suami aku. Sampaikan mamat tu pun boleh tahan sentap jugak dengan budak kecik. Baru-baru ni Qalesya periksa nombor satu. Lepastu aku bagi cadangan pegi beli hadiah la supaya dia berbaik-baik. Suami aku kata 'Kalau saya beli hadiah satu rumah pun, dia tetap bencikan saya!' Hahaaaa! Take serioussssss. 

Tapi kitorang pegi bawak Qalesya beli hadiah. Dia pilih la apa yang dia nak. End up dia pilih flash card. Berbaik la dua orang tu sekejap. Tapi sekejap aja. Hahaa!

Takpelah, nanti bila Qalesya besar sikit baru lah Qalesya faham semua orang sayang Qalesya. Pak Chik tu memang suka menyakat, tapi hati dia baik. Kalau tidak, tak kan lah Mak Chik Tonjer-Tonjer kan dia. Manja Mak Chik tuuu. Kalah Qalesya dia punya manja. Nak pitam rasa.

Layan gambar Meychah.







ps - Ibu kata Cha apa? Cha bijak, Cha pandai, Cha becok. Arwah Ibu Cha kata... :(

Comments

Popular Posts