Resepi TomYam Pekat Gerenti Sedapp!

Assalamualaikum.

Tajuk mesti tak mau kalah. Ada risiko di situ bila jamin gerenti sedap. Hihii. Tapi sapa lepas try resepi ni rasa tak sedap maknanya dia tak reti masak. Hahaaa! Jahat.

Aku suka makan TomYam yang pekat sikit. Masam pedas sikit baru kick. Makan kat kedai jarang-jarang dapat makan yang kuah pekat so kita google jer. Ramai yang sedekah resepi. Resepi asal aku amik dari sini tapi bila masak guna apa yang ada dan sedikit naluri. Heeee.

Petua dia, kalau tak tau sangat berapa banyak nak bubuh bahan, bubuh dalam bilangan ganjil. Kata orang tua lah. Nak ikut boleh, tak nak ikut pon boleehhhhh. :)

Bahan-Bahan (Untuk makan 3 orang)

1) Ayam/Sotong/Daging/Udang secukupnya - aku guna kepak ayam potong sendi + udang + sotong
2) Lobak secukupnya - potong bulat/taji/bunga/panjang pun boleehhhh
3) Bunga kobis secukupnya
4) Cendawan tiram secukupnya
5) Tomato 1/2 biji- dibelah
6) Daun limau purut secukupnya
7) Sebatang-dua serai diketuk
8) Seinci halia- diketuk
9) Seinci lengkuas - diketuk

Bahan Kisar

1) 3 biji bawang merah
2) 1 biji bawang besar
3) 1 1/2 biji tomato (kan tadi 1/2 biji buat belah)
4) Cili padi secukupnya - ikut nak pedas. Kalau tak nak pedas sangat, ketuk je tak payah mesin.

Bahan Lain

1) 1 kiub pati ayam
2) 1 kiub pati tomyam
3) 3 sudu pes tomyam
4) 1 sudu besar sos tiram



Cara-Cara

Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar, serai, halia dengan lengkuas. Tumis tanpa minyak je semua. Dah agak garing, masukkan air. Masukkan bahan-bahan lain tu segala kiub pes tu haa. Pastu masukkan ayam, sayur-sayur keras. Dah empuk baru masukkan bahan lain yang cepat lembut macam udang, sotong. Dah mendidih rasalah garamnya.

Lepas tu, siappppppp!



ps - Entry tertangguh ni. Menu berbuka itu hari. Hihiiii.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang