Tagged Sweet Caption. Jadahh! Hahaa!

Assalamualaikum.

Recently, kecoh sangat si Amran pasal caption sweet oleh suami kepada isteri blogger terkenal (of course terkenal nak banding dengan aku ni. Hahaaa!) Pada aku, tak salah pun dan tak poyo pun. Poyo lagi aku. Hahahaa! In fact, diorang tu husband and wife. Suami isteri ok. 

Yang silapnya ialah attitude sebahagian pasangan non-halal ni lah. Over samacam. Dengan #relationshipgoal lah, ada sweet caption jer nak tagged pasangan bagai. Come on, be realistic okay. Dah kenapa kau asik nak suruh pasangan kau jadik sweet untuk kau macam orang lain tu sedangkan yang penting dalam relationship ialah kau kena suruh dia jadi diri sendiri!

Ni nasihat mesra untuk adik-adik (termasuk mantan-mantan yang masih belum berumahtangga. Hahaaa! Selamat Hari Raya! Nak stalk, stalk lah tapi kat sini di larang mengutuk, ok. Nak kutuk, kutuk diri sendiri dulu. Hahaa!) 

Let me tell you, marriage is not like u imagine. It was moreeee fun and also sometimes sangat menguji kesabaran. Hahaa!

Jangan ingat once you enter into marriage it was the same perasaan masa korang bercinta selama bertahun-tahun tu. Never. Nehi-nehii. Tak kira lah sesempoi mana pun kau masa bercinta, se-open mana pun kau dengan pasangan ia tak akan se-open dalam relationship paling halal iaitu suami-isteri. Kau akan di-open, meng-open, ter-open, se-open-opennya. Hahaa! Apa kau fikir tu? 

Dah kawin, kau kena open-minded, kau kena belajar open-heart. Kena belajar sendiri open-knowledge, kena rendah diri pada suami dan open to discussion. Open sikit, open banyak. Sebab perkahwinan is not relationship goal, it is a journey, bhaii. Ilmu, komitmen dan takdir tentukan where it ends. 

Yang kau tengok sweet dalam gambar, dalam insta, dalam facebook, sweet lagi bila kau jadi suami-isteri. Cuma secara automatik, suami dan isteri yang matang akan reserve sikit tahap sweet untuk dia dua-dua aja. Dia dua je tahu bila sweet tahap gula tinggi mana, bila kencing tahap hancing dia macam mana, bila ribut, skala richter berapa, bila merajuk apa prosedur nak buat, nak pujuk apa prosedur pulak. Hahaaa!

Advise aku, kahwin la dulu baru bagi komitmen nak sweet-sweet bagai ni. Kalau rasa lambat lagi nak kawin, kawan je dulu. Tak payah over-over. Jap lagi ketandusan idea pulak kalau kau dah lontar semua sisi sweet kau pada boyfren/girlfren.

Kalau masa bercinta, jaga diri tu. Jangan jadi mudah disentuh dan mudah menyentuh. Nanti dah kawin, takde vibrate dah. Hilang satu kemanisan dalam rumahtangga. 

Konon kau dah masak perangai masing-masing masa bercinta. Takde maknanya. Masa kawin je semua orang nak bukak buku baru. Hihiii. Buku lama, selamat jalan. So, perangai sebenar kasi keluar. Lagipun kau nak kekal lama dalam marriage, pretending is sangat memenatkan tau tak. Just be yourself. Baik buruk, terlebih terkurang, sama-sama hadapi, terima lah.

So, that's it. I am promoting bercinta selepas nikah dan be realistic in life. Jangan expect hidup ni smooth aja dan relationship is manissss aja. Ini lah kehidupan. Relationship goal is #mendapatkan keredhaan Allah. (bunyik macam motto ex-office aku jer. Hahaaa!)


Alololoooo. Sweet eh? Kawin dulu, baru tau. Dah kawin, nak pangku kau pun dia kata kebas eh kaki ni. Kebas laaaah. Ketepiiiiii. Hahaaa!

ps - Me hubby is not too sweet but he is sooo anje, uchuk, acham. :) 
(Alaaaa, cakap sikit je nak muntah. Dengki la tu. Heeee.)

Comments

Anna Dayana said…
Assalamualaikum Nowa..

nak email add pls.

Toodles
Intan
..nOWa.. said…
Intaannnnnn!

norafumiabe@yahoo.com

:)

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang