Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia.

Assalamualaikum.

Holaaa-holaaa! Ada sesiapa yang teruja tak tengok Akak ada entry baru? Whattt? Takde? Hihiiii. Takpe, Akak memang over. Akak bukan malas menulis, tapi masalah Akak ialah Akak malassss sangat. Tak tau lah kenapa. Hahaaaa! Hormon kot. =_=

Ni kat ofis. Cuaca redup, mata pun rabak. So, nak bagi cerah mata jomlah kita melagha kejap. 

Di kesempatan ini, I nak ucapkan tahniah kepada penyanyi pujaan I sejak album Aku Cinta Padamu, Dato' Siti Nurhaliza atas berita beliau sedang berbadan dua. Alhamdulillah, rezeki. Ni je la sorang penyanyi yang I betul-betul minat. Dulu, masa diploma, sorang classmate I ni berjiran dengan Siti kat Pahang.  Selalu dia cerita pasal Siti sebab dia bukan sebarang jiran tapi memang rapatlah. So, bertambahlah kasih sayang I pada Mak Iti.

Bila keluar cerita pasal Mak Iti nandung, aku faham kenapa dia ambik pendekatan 'no comment'. Walaupun isu ini telah diulas secara contradict oleh salah seorang blogger popular la jugak, tapi aku rasa aku pun akan ambik pendekatan yang sama dengan Siti. Ececehhh.

Pada aku kita bukan hendak hidup dengan adat-adat dan kepercayaan orang lama bahawa 1st trimester ialah tempoh berisiko bagi baby untuk betul-betul kuat but we have to believe in science too. Cakap orang lama ni, ada juga betulnya. Mungkin tidak diperincikan dari sudut sains dan lebih ke arah nak jaga hati dan perasaan sendiri serta orang lain but it make sense, right.

Bayangkan, kita tak tahu apa yang terjadi dalam tubuh badan kita bila kita mengandung. Dan kebanyakan doktor bagitahu, risiko keguguran pada awal kehamilan bukanlah sebab faktor ibu tapi faktor kekuatan janin itu sendiri. Jadi apa yang boleh membantu menguatkan janin di dalam badan kita? DOA. Yes, doa kepada Allah. Hanya Allah yang mampu menjaga dan memelihara benih yang sangat kecil dalam rahim kita. Biarpun kita telah melepasi 1st dan 2nd trimester juga kita masih memerlukan pertolongan dari Allah SWT untuk menjaga dan memelihara anak yang kita kandung.

Pada aku, tujuan kita memberitahu kepada orang lain bahawa kita telah hamil adalah agar kita mendapat doa yang baik-baik dari orang lain. Tu aja. 

Mungkin masih ramai lagi orang di luar sana yang masih berusaha sepertimana kita berusaha tapi belum berhasil. Janganlah sehingga keterujaan kita menyentuh hati dan perasaan orang lain sebab tidak semua orang setabah yang kita sangka. 

Ingatlah, Allah tidak menjanjikan setiap hubungan yang halal itu dikurniakan anak. Anak ini ialah rezeki dari Allah yang tidak kita ketahui. Juga pinjaman untuk kita di dunia, termasuklah suami, isteri, mak, ayah, keluarga, harta, kesihatan...

Buat yang dikurniakan rezeki anak, alhamdulillah dan semoga sihat selalu sehingga melahirkan. Buat yang masih berusaha, semoga dipermudahkan usaha dan diperkenankan oleh Allah SWT..Aamiin.





ps - Doakan yang baik-baik, ok. 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang