Menghitung Hari - Apa Yang Akan Kita Rindu

Assalamualaikum!

Hola-holaa!! Hihiii.
Kala ini aku tak ubah seperti dugong terdampar di persisiran pantai. Berat segala-galanya. Makan pun sambil baring. Hahaa! Tu aku je yang melebih-lebih. Ni dah nak masuk 39 weeks dan aku dah pun bercuti. Nyamannyaaaaaaa! :) Saja ambik cuti awal, tenangkan fikiran. 

Dah hujung-hujung ni kadang-kadang rasa sayu. Tak terucap rasa syukur atas semua yang Allah bagi ni. Terima kasih Allah. Semoga semuanya baik-baik saja. Yang pasti sambil-sambil gosok perut, banyak benda yang akan aku rindu sepanjang melalui 9 bulan yang indah dan tiba-tiba rasa sekejap je 9 bulan tu. Padahal. Hahaa!

1) Aku akan rindu uniform maternity aku dan mula takut uniform lama aku. Muat keeeee? Hahaa!

2) Aku akan rindu 'baby kicking'. Baby aku jenis bermain di malam hari, so memang enjoy my night journey. =_=

3) Aku akan rindu ubat KK yang busuk tu. Yayak pun bau ubat tu. Hahaaaa!

4) Aku akan rindu nurse dan doktor KK Alor Gajah. They were so nice. Tq puan-puan semua!

5) Aku akan rindu kirim makan lewat malam dari Tonjer aku. Mesti dapat punya. Hahaa!

6) Aku akan rindu Tonjer garuk perut. Seksanya nak dapat garuk perut sendiri. Semua ada piawaian. 

7) Aku akan rindu untuk gunakan semua alasan bagi semua ketidakpatuhan adalah disebabkan 'mengandung'. Hahaaa! This is too much and funny but true whattttt! 

8) Aku akan rindu semuanya. Terlalu istimewa. Alhamdulillah.

ps- Aku doakan pasangan yang sedang berusaha di luar sana diperkenankan doa dan usaha mereka oleh Allah SWT dikurniakan zuriat yang sihat dan comel. Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang