Posts

Showing posts from August, 2016

Me, Ammar Raees and Cloth Diaper.

Image
Assalamualaikum! Holaaaaaaa! Bertemu lagiiiiii! Hihii. Okay, aku mula tau pasal cloth diaper (CD) ni masa dalam pantang. Apa taknya. Keja aku melayari instagram jer 24jam. Bak kata kakak aku 'main hanfon, tau-tau barang sampai.' Hahaaaa! So, terjumpa lah aku insta seller CD pastu aku pun buatlah research sikit dan rajin-rajin baca pasal CD. Memang kurang lagi pendedahan pasal CD (I mean yang versi moden) ni kat negara kita. Tapi kat negara luar, benda ni biasa. Lebih-lebih lagi kalau yang environment-friendly. Actually, cloth diaper ni atau bahasa kita 'lampin kain' ni bukan benda baru. Dulu, mak-mak kita pakaikan kita lampin kain kan? Lipat, pin, pastu bubuh sarung getah kat luar kan? Kan? Haaa itu lah bendanya. Cuma CD ni versi modenlah. Lampin kain versi 'pampers'.  Cumanya, CD ni reusable tak macam diapers yang biasa ni, kita pakai buang.  In fact, CD lagi canggih tau. ;p Cumanya, masa aku start nak guna aku memang bincang ...

Botol Susu Yang Sesuai Untuk Newborn Baby

Image
Assalamualaikum! Haaa ambikkk. Start dah entry semua ala Mak-Mak gitu. Hahahaaa!  Alaaa takpe lah kan, mana yang boleh share kita share la yer. Heeeee. Topik ni penting tau bagi first time mummy especially yang nak start bekerja lepas cuti bersalin. Mesti clueless kan botol apa yang sesuai untuk baby. So ni aku review sikit la yer. Kot-kot membantu. 1) Mimijumi Ni botol pertama aku beli. Faktor utama dia ialah sebab puting dia. Sebab design dia memang immitate 'tek' kita. Baby aku boleh minum susu pakai botol ni tinggal lagi dia macam struggle sikit sebab puting dia keras. Pada aku, keras. 2) Medela Calma Sebab aku pakai breast pump Medela so memang dia ada bagi la puting dia sebijik. Lepas kesian sangat tengok baby aku struggle bebeno, aku pun introduce botol ni kat dia. Puting dia tu banyak part sikit, tapi lebih lembut lah berbanding Mimijumi. But still aku tak puas hati sebab flow menyusu baby aku still tak smooth macam aku direct feed dia. ...

Ammar Raees

Assalamualaikum! ::Throwback:: (Amaran : Cerita ni panjang.) Pagi 23 Mei 2016, suami bawak aku pegi checkup dekat klinik. Hari yang sepatutnya anak aku lahir, tak ada apa tanda pun dia nak lahir. Ahaii. Malam tu aku sembang-sembang dengan Tonjer konon kalau aku kejut dia sebab nak bersalin jangan liat pulak. Risau aku terberanak atas katil. Hihiii. Contraction yang diharap-harapkan tak kunjung tiba. Ceewaahhh! Time ni tak kenal lagi apa itu erti contraction. ;P Dekat klinik, doktor buat referral letter kepada hospital. Memang aku tak rasa apa-apa. Tapi doktor kata, aku mungkin akan kena paksa bersalin sebab baby aku besar dan bacaan air ketuban makin turun. Awww aww dalam hati berdebar gila. Balik rumah Mak, aku dengan suami kata, kita relax-relax jer. Takut Mak risau. Aku pun kemas-kemas beg untuk duduk wad. Masa nak bertolak ke hospital, salam peluk Mak. Mak nangis, aku pun nangis. Feeling dia so special. Macam kau akan pergi perang. Mungkin itu pelukan dan ciuman terakh...

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Assalamualaikum! Alhamdulillah, petang ni anak bagi kerjasama =_= Aku berpantang hari tu kat rumah Mak. Silap aku juga pandang enteng bab berpantang dan terlalu harapkan Mak maka hari pertama balik rumah, aku tertido pakai baju lengan pendek. Ambik ubattttttt. Lengan rasa nak tercabut, tangan tak boleh angkat dua-dua. Hahaaaa! Dalam tempoh berpantang la aku rasa aku banyak merengek. Kesian Tonjer aku. Heeee. So, selepas melalui fasa berpantang yang boleh lah dikatakan berjaya juga aku nak share beberapa tips dan pendapat : 1) Sila sentiasa pakai baju lengan panjang/sweater/cardigan semasa tempoh berpantang sepanjang masa. Yes, baik siang atau malam. Baik di malam yang dingin atau di panas renta.  2) Pemakanan. Ini bab sensitif. Macam-macam pendapat. Ikut pengalaman aku, 14 hari pertama (beranggapan luka masih belum sembuh) sila lah berpantang betul-betul. Bukan bermakna kau kena makan ikan bilis sangai tiap hari. Ingat, kita menyusukan anak. Sila makan makanan ...

I'm Backkkkkkkk!

Assalamualaikum! Hola-holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Ambik kau. Hahahaa! Ya Allah lamanya tak update kan. Ni pun kira quick update gitu. My baby sekarang aku syak tengah alami 'growth spurt'. Asikla nak menempel dan banyak meragam. tido pun sekejap-sekejap. Huhuu =_+. Sehari dua ni nampak dia dah mula mengiring. Nak meniarapa agaknya anak aku ni. Tahniah, Nak. Ok, sorry. Anak dah bangun. Later ok, malam-malam sikit.