Botol Susu Yang Sesuai Untuk Newborn Baby

Assalamualaikum!

Haaa ambikkk. Start dah entry semua ala Mak-Mak gitu. Hahahaaa! 
Alaaa takpe lah kan, mana yang boleh share kita share la yer. Heeeee.

Topik ni penting tau bagi first time mummy especially yang nak start bekerja lepas cuti bersalin. Mesti clueless kan botol apa yang sesuai untuk baby. So ni aku review sikit la yer. Kot-kot membantu.

1) Mimijumi

Ni botol pertama aku beli. Faktor utama dia ialah sebab puting dia. Sebab design dia memang immitate 'tek' kita. Baby aku boleh minum susu pakai botol ni tinggal lagi dia macam struggle sikit sebab puting dia keras. Pada aku, keras.



2) Medela Calma

Sebab aku pakai breast pump Medela so memang dia ada bagi la puting dia sebijik. Lepas kesian sangat tengok baby aku struggle bebeno, aku pun introduce botol ni kat dia. Puting dia tu banyak part sikit, tapi lebih lembut lah berbanding Mimijumi. But still aku tak puas hati sebab flow menyusu baby aku still tak smooth macam aku direct feed dia. At least smooth...huhuuu. Sian my baby.




Jeng Jeng Jenggggggg!

3) Pigeon Peristaltic Plus

Selama aku google memang ramai recommend botol ni. Botol ni memang tak fotogenik tapiiiiii aku rasa faktor puting dia tu yang menambat hati. First time aku bagi Ammar susu guna botol ni, smooth je. Siap buat bunyi macam tek dengan aku. Alhamdulillah..

I vote Pigeon!!




Comments

NINA FARHANA said…
Tengah sevey botol utk baby.. tq for ur info 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang