Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, petang ni anak bagi kerjasama =_=

Aku berpantang hari tu kat rumah Mak. Silap aku juga pandang enteng bab berpantang dan terlalu harapkan Mak maka hari pertama balik rumah, aku tertido pakai baju lengan pendek. Ambik ubattttttt. Lengan rasa nak tercabut, tangan tak boleh angkat dua-dua. Hahaaaa! Dalam tempoh berpantang la aku rasa aku banyak merengek. Kesian Tonjer aku. Heeee.

So, selepas melalui fasa berpantang yang boleh lah dikatakan berjaya juga aku nak share beberapa tips dan pendapat :

1) Sila sentiasa pakai baju lengan panjang/sweater/cardigan semasa tempoh berpantang sepanjang masa. Yes, baik siang atau malam. Baik di malam yang dingin atau di panas renta. 

2) Pemakanan. Ini bab sensitif. Macam-macam pendapat. Ikut pengalaman aku, 14 hari pertama (beranggapan luka masih belum sembuh) sila lah berpantang betul-betul. Bukan bermakna kau kena makan ikan bilis sangai tiap hari. Ingat, kita menyusukan anak. Sila makan makanan berkhasiat. No ikan kering, no ikan bilis tiap hari. Makan ikan segar. Dan elak kan makan makanan yang menggatalkan gitu.

Selepas kau rasa diri dah kembali sihat, luka dah sembuh bolehlah bereksperimen ke atas diri sendiri kerana ketahanan tubuh setiap orang adalah berbeza yer. Kalau kau google, segala macam benda tak boleh makan. Kesudahannya kau makan hati jer. 

My Mak is my the best confinement lady! Hihii. Because what, Mak tak terlalu tradisional, tak terlalu moden. Mak aku selamba jer sua aku pizza masa awal berpantang. Aku jenis, kalau mak kata boleh makan, maka aku akan makan. Taat gitu. Tapi ikut logik, boleh je nak makan pizza sebab roti kan. Dan tinggal lagi ko nak makan atau tak je sebab benda tu ada potensi menggemukkan.  Yang paling best, Mak buatkan aku nasi goreng pataya masa aku dah masuk puluh hari berpantang. Ulang. Nasi Goreng Pataya okeyyy! Hahaaa!

Aku tenung pinggan tu dengan telur yang membaluti nasik, Mak, orang boleh makan tak ni aku pun bertanya. Mak aku kata 'Bolehhhhhh'. Aku pun apa lagi, habis sepinggan. Kesannya? Kenyanggggggg. Alhamdulillah, aku agak kebal kepada telur....hihiii. Takde gatal pun. Ayam pun sama. Aku makan masa pantang. Alhamdulillah ok jer.

Tapiiiiiiii, mesti diingat. Apa yang kau makan ok, tak semestinya anak yang disusukan pun ok. Nak jadi cerita, aku makan biskut mazola yang kakak aku buat (kan aku berpantang masa bulan puasa ;p) sekali tu anak aku kembung daaaaa.. Ambik ubat, tak tido malam dibuatnya. Kesian anak..huhuuu. Jadi beringat-ingat dan berpada-pada lah ok.

3) Stokin. Pakai. Pakai. Pakai.

4) Bengkung. Silalah pakai. Bengkung ni bukan hanya untuk kempiskan perut dan pinggul jer. Tapi untuk jaga supaya kita ni kawal cara berjalan, tak terbesila (aku la tu) atau terkangkang (korang la tu ;P) Dan kalau boleh cari lah bengkung yang mudah dipakai sendiri. Macam aku, dah la bengkung jenis susah nak pakai, sekali tu pakai sekejap je sebab leceh tak boleh nak pakai sendiri. Akibattt?? Ambikkkk..jahitan luka tetas.........uhuk-uhuk. Yang ni tak nak cerita lebih-lebih. Kahkah kahhhhhh! Nasib baik, tak perlu jahit semula sebab luka takde jangkitan. Tips kat bawah.

5) Cuci luka dengan air garam suam setiap hari. Insyaallah, jiwa tenang walaupun jahitan tetas...hahahahaaaaa!

6) Jagalah emosi semampu mungkin. Sebenarnya tempoh berpantang ni sangat mencabar. As a new mummy like me yang takde pengalaman handle baby newborn, sokongan dari family sangat penting. Alhamdulillah, Mak dan suami sangat-sangat membantu. Begitu jugak adik beradik. Alhamdulillah!

7) Ambil tahu tips dan petua pengurusan newborn baby. Google yaww! Aku 24jam pegang hanfon. +-+ Kejap-kejap google petua anak kembung perut, anak sedu, anak tido berapa jam. Macam-macam lah.

8) Be happy!

Daaaaa! 


Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir