Me, Ammar Raees and Cloth Diaper.

Assalamualaikum!

Holaaaaaaa! Bertemu lagiiiiii! Hihii.

Okay, aku mula tau pasal cloth diaper (CD) ni masa dalam pantang. Apa taknya. Keja aku melayari instagram jer 24jam. Bak kata kakak aku 'main hanfon, tau-tau barang sampai.' Hahaaaa!
So, terjumpa lah aku insta seller CD pastu aku pun buatlah research sikit dan rajin-rajin baca pasal CD. Memang kurang lagi pendedahan pasal CD (I mean yang versi moden) ni kat negara kita. Tapi kat negara luar, benda ni biasa. Lebih-lebih lagi kalau yang environment-friendly.

Actually, cloth diaper ni atau bahasa kita 'lampin kain' ni bukan benda baru. Dulu, mak-mak kita pakaikan kita lampin kain kan? Lipat, pin, pastu bubuh sarung getah kat luar kan? Kan? Haaa itu lah bendanya. Cuma CD ni versi modenlah. Lampin kain versi 'pampers'. 

Cumanya, CD ni reusable tak macam diapers yang biasa ni, kita pakai buang. 


In fact, CD lagi canggih tau. ;p


Cumanya, masa aku start nak guna aku memang bincang dengan suami. Faktor utama aku nak guna CD ialah (ikut keutamaan aku) :

1) Safe for baby 
2) JIMAT
3) Environment-friendly
4) CD boleh diwarisi gitu, tahan sehingga bertahun-tahun (bergantung kepada penjagaan)

Suami memang support 100%. Family aku pun support gak bila aku explain. Ye lah, masa Mak dulu lagi leceh kan. La ni walaupun still 'leceh' nak handle CD tapi keseronokan tu ada. Cuba kau tengok design CD kat market sekarang. Rambang mata weyyyyh. Kalah rambang mata beli tudung Naelofar.

Ni baru sikit. Banyak lagi cover CD yang cun-cun sampai air liur meleleh.
(Sumber : Google)

Yang aku nak share ialah mentality sesetengah orang bila aku introduce CD to my baby.

1) Kenapa nak susah-susah? Pakai pampers kan senang. 

2) Aku dah try dah. Bertahan berapa bulan jer. Semoga ko bertahan ;p

3) Alaaa. Aku yang duduk rumah pun malas nak guna CD. Leceh nak basuh semua. Takde masa.

4) Hmm. Best la jimat. Tapi, takpelah. Saya tak rajin lah. =_=

5) Ko guna eh? Nak tak aku bagi anak aku punya? Dia dah tak pakai. Dah start potty.

Hmmmmph. 

Yang no.5 tu  ialah SEORANG kawan lelaki aku tau. Offer kat aku CD anak dia. 
Yang no. 1 sampai 4 tu semua kaum ibu.

Aku tak kata guna lampin pakai buang tu menjadikan kau ibu yang tak bagus dan guna CD tu menaikkan taraf kau sebagai ibu. No at all.

Ini ialah pilihan masing-masing kepada anak dan keluarga. 

Macam aku. Still juga bekalkan diapers kat babysitter (BS) sebab aku belum sedia nak introduce CD kepada BS.  

Tapi sejak aku fulltime guna CD kat rumah, aku hanya beli satu pek diapers jer sebulan. Tu pun aku beli yang offer harga dalam RM50++ yang ada 64 keping. Pun tak habis bila nak top up tiap kali gaji. Alhamdulillah, jimat.

Ini sumbangan aku untuk ringankan beban suami dalam belanja harian. Duit yang jimat tu bolehla dia belikan aku gelang kaki ke, bawak kitorang jalan-jalan pegi oversea ke kannn =_+
Cuma perjanjian aku dengan suami, dia kena lah bantu aku handle CD. Tak suruh basuh bagai pun. Cukup sekadar buangkan poo-poo kat toilet dan letak dalam baldi. Kumpul CD kotor sehari dua baru basuh sekali. 

Aku rasa aku enjoy buat benda ni. Anak pun takde kena ruam lampin ke apa. Kulit sihat. Seronok. 

Malas? Sifat tu memang ada dalam diri semua orang. Terpulang, atas sebab apa kau bersungguh nak buat sesuatu tu.


Last but not least.. :)






Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang