Helloooo. Mulut Tu Jaga Sikit.
Assalamualaikum!
Hahahahaaaa! Ambik kau mula menulis balik je dah start marah orang. Hihiii.
Ni bukan nak marah , ni nak tegur.
Lama tak menulis adalah sebab :
1) Dah terminate Streamyx kat rumah. Gila lempab connection. Membazir je bayar tiap bulan.
2) Bizi layan handphone sebab sekarang dah upgrade diri jadi businesswoman anak satu. Hahaa!
3) Dah jaranggggg-jaranggggg sangat blog walking sekarang sebab sebab sebab sebabbbb ntah la.
Ok.
Ni nak cakap pasal mulut ni. Nak bagitau sikit kepada pemilik mulut ni yer. Aku peratikannnn je mulut dia. Memang...memang dia tak mengata aku. Tapi aku yang terbabit baca statement-statement vongoks dia ni menyirap la jugak.
1) Lagi berapa hari jer nak tahun 2017. Pastu lagi 3 tahun kita akan berada di tahun 2020. Kau masih dengan attitude membahan orang? Bila otak nak maju?
2) Lagi berapa hari jer nak tahun 2017. Pastu lagi 3 tahun kita akan berada di tahun 2020. Kau masih dengan attitude mengutuk orang gemuk dan bagitau satu dunia kau kurus? Kau ni perempuan ke hapa?
3) Lagi berapa hari jer nak tahun 2017. Pastu lagi 3 tahun kita akan berada di tahun 2020. Kau masih dengan attitude up status 'selagi aku tak mention sapa-sapa, jangan nak terasa yer.' Kau ingat, kau hidup dalam kebun? Kau terasa diri kau comel macam arnab? Konon-konon kita semua ni bukan manusia? Konon-konon kita di alam Alice in the Wonderland?
Sejak kau kau 'sentuh' hidup aku, aku peratiiiiii kan je kau. Kau bajet kau Kate Moss? Kendal Jenner? Hobi betul kau mengutuk fizikal orang kan? Memang kepakaran kau lah.
Dik ooo Dik...jangan mengutuk fizikal orang Dik..tak baik.
Yang kau kutuk tu orang dah kawin. Kau tu bujang lagi. Kau belum tahu apa erti perubahan hormon selepas kawin. Kau tak faham perubahan fizikal orang perempuan masa mengandung apatahlagi lepas bersalin.
Kau tak faham lagi ada suami yang tak suka isteri berdiet sebab nak isteri fully breastfeed anak. Eh, ko tak tahu apa itu breastfeed kan. So, shut up your mouth.
Hidup ni Dik, lawa je tak cukup nak ikat hati lelaki, Dik.
Kalau kau lawa sangat takde lah boyfren kau asik tinggalkan kau. Time ni ko jangan nak sebut jodoh-jodoh, baru nak qada' dan qadar. Sebab masa kau mengata orang, hati kau tertutup rapat. Yang penting hajat kau nak menyakitkan hati orang sampai, kan?
Aku nasihatkan kau, slow down ok.
Jaga mulut tu.
Jaga perangai tu. Jaga batas pergaulan kau. Jaga maruah diri tu.
Tak terlambat pun nak berubah Dik.
Sebab apa yang kita cakap tu kalau menyakitkan hati orang lain, tak mustahil akan berbalik kepada diri kita.
Orang lelaki ni, sejahat mana pun dia bila nak berbini dia akan cari perempuan yang baik. Heh.
Comments