Cekodok/Cucur Roti
Assalamualaikum!
Hujan weyhhh. Nyaman sungguh la nii.
Cerita dia, hari tu suami beli roti putih satu bundle (ehh?). Asalnya nak buat sandwich tapi tergendala. Nasib baik roti tu simpan dalam peti ais. Masuk 2 minggu sakit mata pulak tengok roti dalam tu terus google yawwww.
Mula tu berdebar jugak nak buat cucur roti ni sebab bimbang bila goreng nanti serap minyak. Don't worry yall'ssss memang tak serap minyak sebabbbbb ok check it out cara-caranya.
Ini semua bahan dan cara lebih kurang je ye. Selebihnya guna naluri sebagai isteri gitu..hahaha! Bukan setakat nak detect suami kerjaan apa di luar guna instinct yer, buat cekodok pun guna instinct okeyyy. Hahaa! Gurau ye, gurauuu.
1) 7-10 keping roti putih dicarik-carik dan dilembutkan dengan air panas dalam 3-4 sudu
2) Bawang besar dihiris
3) Cili merah atau cili padi (tumbuk/hiris)
4) Ikan bilis secukupnya ditumbuk atau lain-lain rencah nak guna. Udang ke apa pun boleh ikut suka.
5) 3 biji telur
6) Garam dan perasa secukupnya.
Caranya gaul semua tu cenggini.
Adunan lembik-lembik biar boleh dijemput-jemput.
Pastu, digorengkan ajer.
Cenggini haaa.
Okaylah juga sedap. Tak serap minyak pun. Suami pun suka makan. Selamat mencubaaaaa!
Comments