Baby Walker - Perlu Atau Tak?
Assalamualaikum.
Aku nak share pasal ni.
Aku memang tak belikan anak walker. Nyaris-nyaris patah semangat nak beli sebab masa anak fasa merangkak, sangat-sangat stress bila dia ikut mana je kita pegi. Huwaaaa.
Masa tu banyak kali jugak merayu kat suami sampai tahap pegi survey kat kedai. Hahahaa! Pastu tengok harga walker mahal sampai beratus ringgit terus insaf kejap. Hihii.
Sebenarnya dari awal memang dah kaji pros and cons kegunaan walker ni. Banyaknya cons lah sebab kebaikan dia SATU je iaitu TAK PAYAH SUSAH DUKUNG ANAK. Kannnnn. Anak nak main, buh dalam walker. Anak nak makan, suap dalam walker. Kita nak mandi, buh anak dalam walker. Kita nak masak, buh anak dalam walker. Kita nak sapu sampah, buh anak dalam walker.
Ok, bila kita nak start buh anak dalam walker? Bila anak dah pandai duduk kan? Bila anak pandai duduk? 5 bulan? 6 bulan? 9 bulan? Beza-beza tiap anak.
Allah dah jadikan cantik perkembangan anak-anak dari baring, meniarap, mengesot, duduk, merangkak, berdiri, bertatih, berjalan dan akhirnya pandai berlari. Ada juga yang Allah bagi kelebihan, anak skip step ni dan maju ke depan pulak.
Walker ni bukan alat bantuan perkembangan anak pun, malah kalau takde pemantauan boleh mengganggu perkembangan anak dan punca kemalangan di rumah.
Antara keburukan penggunaan walker :
1) Kita memaksa anak untuk duduk dalam tempoh yang lama dan menggunakan kordinasi kakinya sedangkan ia baru dalam fasa menguatkan otot pelviknya.
2) Anak tak dapat explore fasa merangkak dan dipaksa terus untuk berjalan yang mana ini sangat merugikan! Kajian menunjukkan anak-anak yang melalui fasa merangkak yang lama adalah beruntung kerana merangkak (koordinasi kaki dan tangan serentak) merangsang perkembangan otak!
3) Jatuh dari walker (imagine jarak kepala anak dari lantai) boleh mengakibatkan gegaran otak yang serius.
Ya, memang lelah nak kejar anak yang merangkak. Lelah nak menyapu lantai rumah takut anak makan benda yang bukan-bukan dikutip dari lantai. Tapi berbaloi tak jika kepala anak terhentak pada lantai sebab jatuh dari walker?
Dalam fasa anak tak guna walker tu, banyak kenangan jugak. Dia makan habuk lah (kitorang penah syak dia makan lalat jugak =_=), duduk bawah kerusi lah, aiii macam-macam lagi laaa.
Untuk Ammar Raees, masa dia dah start berdiri kitorang belikan dia push walker untuk galakkan dia berjalan.
Untuk Ammar Raees, masa dia dah start berdiri kitorang belikan dia push walker untuk galakkan dia berjalan.
Beli ini dari instagram montessori.inspired.toys
RM230.00
Sementara anak-anak ini kecil, comel, manja, clingy - hargai lah.
Sampai masa dia akan besar, malu dicium kita, malu dipeluk kita.
Enjoy masa- masa ini dengan anak dan semoga kita jadi ibubapa yang penyabar juga.
So, YAY or NAY?
U choose, parents.
I choose NO.
Thank you.
Comments