2018 - Welcome Baby Ningxia!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, I am officially at 25 weeks!
Bukanlah tidak teruja kali ini, tapi keterujaan tu amat berbeza sekali pakej dengan dugaannya. 
Betul lah kata orang, it won't be the same experience at all!

Tahun ni adalah tahun yang sangat sibuk bagi kita suami isteri, sampaikan tak sempat lagi nak pi buat full scanning kat baby..tak tahu dia bebird ke bobet..hahahaa! (selalu berharap baby girl 😁)

Actually, baby kali ni memang betul-betul rezeki besar dari Allah SWT. We wasn't plan but we are always hoping kalau Ammar Raees dah 2 tahun time tu I ngandung. Kira macam just a perfect time. Tak sangka Allah makbulkan! Alhamdulillah!

Lepas beberapa hari delayed, I buat UPT. Masa tu pulak suami latihan luar. So kirim result through whatsapp jer. 😆 And me at the same time masih susukan Ammar Raees. 

Bermula lah pengalaman baru, mengandung sambil masih breastfeed dan in the same time handle anak setahun lebih. Yes, the challenge begins! Part menyusukan tu takde masalah tapi I dah tak mengepam lagi. Just direct bf bila kat rumah (anak dah start campur fm mas 1y 3m). Tapi nak handle dia punya lasak, nak berdukung, bangun malam and all tu...huhuuu.

Masa baby masuk 14w, ada bleeding. Allah, sedihnya. Tapi I tak putus asa. Pegi jumpa pakar OnG, on duphaston and injecton. Alhamdulillah, baby ni memang kuat. And now at 25w, she is kicking me hard!

Cabaran mengandung kali ni, dari awal sampailah bulan ke -4, selera makan merudum. Alahan tu takde, tapi memang tak lalu makan. Berat pun tak naik. Perut pun tak nampak sangat compared dengan first pregnancy (maybe kulit dah kendur kot). Kesian kat baby. Huhuu. Tengok nasik je, kembang tekak. Yang boleh masuk pun makanan ringan-ringan atau western. Lepastu, kali ni susah tido. Masa Ammar, pantang nampak bantal, zasss lelap. Hahaa! The worst part is - my alahan is BATUK! Allah...seksanya. Siang malam batuk. Sampai terkencing u ollssssss. Everytime kena pakai pad (Ingat ngandung jimat pad. Hahaaa). Siap kena ambik sample kahak sebab doktor suspect Tibi. Alhamdulillah, negatif. 

Mula-mula I was unhappy. Ye lah, nak solat susah, nak jalan mana-mana susah. Tapi tak baik kan merungut. So, redha jer lah kalau ini dugaannya. Ni dah berkurang batuknya. Slowly but surely ❤

Mohon doakan kesihatan diri ini dan baby. Tak sabar nak jumpa baby!

*ps - I start to consume Ningxia Red last 2 years and keep continuing especially at the early stage of my second pregnancy. Sangat membantu dan yang penting my body and my baby akan dapat manfaatnya. Insyaallah. 





Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang