Kongsi Pengalaman - Urusan Di Hospital Serdang - Jun 2018
Assalamualaikum!
Minggu lepas ayah mentua ada appointment di Klinik Kardiologi Hospital Serdang. Mula tu memang mumet juga fikir kenapa Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar ni referkan ayah ke Hospital Serdang pulak? Plus, tak pernah sampai hospital ni. Tapi takpe, kita layankan aja. Kebetulan suami masih mode cuti raya, maka khidmat aku sebagai co-pilot suami amat diperlukan. Hihii. Yang sebenarnya suami memang kalau drive jauh mesti nak ada I kat sebelah okayyy. So loving gitu. (mata ke atas).
I sebagai master route planning haruslah membuat persiapan awal ye.
Waze jarak Melaka-Serdang senang nak estimate ETD dan ETA
Tanya pendapat kawan-kawan mana nak parking senang
Bagitau babysitter anak cuti hihii
Bagitau Mak Mertua Pak Mertua rancangan perjalanan - gerak pukul berapa, berenti mana and etc.
Rupanya bila tanya kawan-kawan kat FB, ramai yang kata kat sana ada masalah parking and advise naik grab/uber, datang awal and macam-macam lagi.
Dah tahu macam tu, takpelah kita gerak lah seawal yang boleh. Lagipun ikut perancangan jika habis awal, kami nak singgah beraya rumah saudara di Kajang dan Putra Heights. Perancangannya, paling lewat gerak ialah pukul 6 pagi (selepas Subuh) dan suami akan drop aku, MIL dan FIL dekat lobby, meanwhile dia take care of anak and cari parking.
Sampai jer kat lobby dah pukul 8.30 pagi..dia punya sesak tak payah cakap. Masa tu kesian kat suami dan anak. Mujur dah beli bekalan makan sikit-sikit. Takde masalah nak cari Klinik Kardiologi tu sebab I kan peramah. Sampai je pintu klinik, mak aiiii seramai-ramai umat manusia berurusan pasal jantung. 😂
Terus carikan kerusi untuk FIL while MIL berdiri sebab seat penuh. Lepas letak buku appointment, tak lama lepastu nurse panggil bagitau yang kena queue dekat kaunter hasil untuk buka buku temujanji Hospital Serdang pulak. Ok, tekan nombor, ada 100 lagi nombor kat depan. Bertabah, bertabah. Tapi entahlah, to be me, aku boleh layan menunggu ni. Paling lama aku pernah tunggu orang ialah 6 jam. Padahal aku boleh je blah. Tapi aku macam bersabar. Kenapa ya?
Akhirnya nombor untuk ambik buku dipanggil. Tengok kakak kaunter tu macam stress aku pun saja berbual dengan dia 'Hari-hari macam ni ke kak?' Dia jawab, macam ni lah hari-hari. Kena pulak ada pelanggan yang tak faham ajak bertekak. Proses bertekak jer dah ambik masa, melambat-lambatkan lagi giliran seterusnya. Tu belum yang salah kaunter, salah klinik dan macam-macam lagi. Ye lah, kalau dapat berurusan dengan warga emas, kardiologi ke, patologi ke, oftalmologi ke semua bunyi macam sama jer. Sebab tu kita yang muda-muda ni, cuba lah luangkan masa bawa sendiri mak ayah ke hospital. Uruskan diorang. Cuba mudahkan.
Nampak gaya, MIL dan FIL aku masih bertahan lagi menunggu. Sampailah nama FIL dipanggil untuk saringan. Time tu dah nak dekat pukul 1 tengahari dah. Nurse dalam bilik saringan panggil. Aku pun dengan perut ke depan ni sama lah duk terjenguk-jenguk kat luar bilik tu. Aku bukan apa, FIL aku tu dua-dua matanya dah tak berapa nampak dan tak boleh nak berdiri lama sebab kaki dia bengkak. Ada la jugak anak-anak lain yang masuk bilik tu sebab pimpin mak/ayah yang uzur jalan pun tak berapa stabil. Baik nurse punya bahasa 'yang tak berkenaan sila tunggu luar ya, bilik ni kecik aja'. Bagi aku, dalam keadaan macam ni ayat tu tak sesuai lah. Lebih baik cakap 'Puan/Tuan, selepas hantar Mak/Ayah sila tunggu di luar ya, terima kasih.' Kadang depa ni ingat MENUNGGU tu tak penat ke? MENUNGGU tu best ke? Ayat-ayat macam ni lah yang cetuskan kemarahan orang....hmm.
Aku masih setia menebeng tepi pintu. Tiba giliran FIL aku, nurse tanya "Referral letter mana pakcik?' Ayah kata, tak ada referral letter yang Hospital Muar bagi. Nurse cakap 'NI KALAU TAKDE REFERRAL LETTER DOKTOR TAK NAK JUMPA NI. KALAU MACAM NI LEBIH BAIK PAKCIK BALIK'
Aku pun....'Maaf puan, blaa blaa......' menerangkan situasi kenapa referral letter tu tak ada. Aku persoalkan 'Tak kan kami nak balik? Datang dari jauh ni puan. Lagipun, jika Hospital Muar bagitahu surat tu perlu ambik di hospital, pasti kami ambik sebab Hospital Muar tu cuma 20 minit jer dari rumah ayah saya.'
Nurse masih mempertahankan yang doktor tak kan jumpa tanpa referral letter. Siap keluarkan statement 'jika nak salahkan, salahkan Hospital Muar. Jika nak saman, silakan.' - what the....
Untuk matikan air - aku pun tanya 'Kalau nak tunggu juga macam mana? Saya nak ayah saya jumpa doktor juga. Jika lepastu doktor suruh balik, kami balik.'
'Oh, nak tunggu, tunggu lah' - gitulah jawapannya. Selepas itu, beliau proceed pemeriksaan seterusnya ke FIL, ambil CTG whatsoever. Selesai dari itu aku pun cuba nak komunikasi semula dengan nurse tadi -'Hmm puan? Puan?' Sebagai balasan sebab bertekak dengan dia, aku dilayan seperti musuh, panggilan aku dipekak telinga, memberi gambaran bahawa dia malas melayan aku. Sebagai penjawat awam juga, aku faham. Orang tengah marah kan. Aku lembutkan suara lagi. 'Puan, saya nak tanya ni. Saya tunggu je nombor ni sehingga kena panggil kan?' Dengan sendu dia jawab - 'Ya!'. Sempat aku ucap terima kasih. Ohh haiiii. Berat betul dugaan bertugas sebagai seorang jururawat. Aku tak marah, cuma kecewa sebab bagi aku BUKAN HAK DIA MENENTUKAN SEORANG PESAKIT YANG ADA TEMUJANJI ITU LAYAK BERJUMPA DOKTOR ATAU PUN TIDAK. Kenapa nak tanggung risiko jadi pihak yang diadukan? Ya, tanggungjawab beliau untuk memastikan semua dokumen perlu lengkap sebelum sampai ke tangan doktor, tapi atas budi bicaranya, bantulah pihak-pihak yang ada masalah sebegini untuk berurusan dengan doktor. Jangan beri tekanan lagi dan jadikan hasrat pesakit tu sia-sia. Lebih banyak pahala yang dapat. Hati pun tak sakit sebab bertekak.
Untuk buktikan bahawa ini adalah masalah pengurusan emosi semata-mata, aku pergi pula ke kaunter pendaftaran. Nurse yang sama mendaftarkan aku, bertugas dari pagi tadi melayan kerenah pelbagai, kadang tinggi suaranya, kadang lembut suaranya. Raut wajahnya jelas kepenatan. Dia juga ada maklumkan aku berkenaan risiko ketiadaan referral letter dari awal lagi, tapi tetap mendaftarkan aku masuk. Aku beranikan diri duduk di depan dia tanpa dipanggil.
'Nurse, tadi nurse kat dalam suruh kami balik. Saya faham masalah referral letter ni. Tapi sebab kami dah sampai, saya harap ayah saya dapatlah jumpa dengan doktor, Jika lepas ni doktor kata tak boleh buat apa-apa tanpa surat tu, kami balik lah. Nurse, ada apa-apa cadangan tak?'
Jawapan dia 'Betul puan, kalau tak ada referral letter, susah doktor nak tahu kenapa pakcik direfer ke sini. Buku rawatan dari Hospital Muar ni tak memadai. Mungkin puan boleh call Hospital Muar dan minta di whatsapp atau fax surat tu. Sekurang-kurangnya ada juga dokumen yang boleh ditunjukkan kepada doktor.' - jawapan yang menenangkan hati sungguh.
Selepas diyakinkan bahawa aku masih dalam queue aku call Hospital Muar. Cong ceng cong ceng, depa kata nak bantu semak dan fax. Aku juga minta persetujuan FIL dan MIL. Nak tunggu atau nak balik? Aku ni menguruskan jer. Terpulang tuan punya badan yang nak menunggu. And they all nak tunggu sebab itulah tujuannya datang pun. Hati aku pun tenang. Masa terus berdetik..........
Dari hasil keramahan MIL dan FIL aku berbual sambil menunggu dengan pesakit lain maka ada beberapa kesimpulan :
1) Yang datang dari Melaka, gerak sebelum pukul 5 pagi sampai Serdang pukul 6.30 parking dah penuh juga. Tapi dapat juga parking dalam hospital. Dan tido dalam kereta sementara tunggu klinik buka.
2) Yang dapat nombor giliran dalam jam 8-9 pagi, insyaallah sebelum 1 tengahari dah selesai urusan.
3) Bagi masalah jantung, jika dari Melaka memang akan direfer ke Klinik Pakar Jantung yang terdekat. Dalam kes FIL, Hospital Serdang yang terdekat. Jika tidak, boleh pergi ke Johor Bahru.
Akhirnya hampir jam 4 petang nombor dipanggil. Berbunga hati ni. Di dalam bilik doktor, seorang doktor wanita muda dan doktor pakar (pada hemah aku) lelaki berbangsa cina memperkenalkan diri. Cepat my FIL menyampuk 'Doktor, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih sebab doktor sudi berjumpa saya walaupun saya tak ada surat rujukan'. - Allah, itu lah budi bahasa ayah mentuaku....malu sendiri aku..huhuu. Mungkin drama menantu-nurse tadi bagi kesan sikit kat my FIL. Sorry ayah.
Tapi sungguh profesional dan baik hati doktor berdua tu bila bagitau - 'Pakcik, kami tak akan suruh pakcik balik sebab pakcik datang dari jauh. Tapi perjumpaan kita hari ini mungkin tak dapat kesan yang maksima sebab saya tak tahu apa masalah sebenar pakcik sehingga dirujuk ke sini, jadi saya akan cuba beri rawatan berdasarkan rekod buku rawatan yang pakcik bawa ni. Kemudian, kita akan tentukan lagi proses yang seterusnya. Boleh pakcik?'
Selepas hampir setengah consultation, my FIL dikehendaki datang semula pada November 2018 (itu jer tarikh yang available untuk particular test) untuk buat test bagi tentukan samada jantungnya betul-betul bermasalah untuk dimasukkan bateri....selesai satu bab.
Suami dengan anak I apa cerita?
Sampai ke sudah duduk dalam kereta tepi highway sebab tak ada parking. Diorang makan bekalan bersama, main tik-tok bersama, tido bersama, cebok pun tepi highway. Terima kasih suamiku yang penyabar dan penyayang (padahal gado sebab aku lapar dan merempan-rempan hahahaa! Nasib bateri fon aku kong) terima kasih anakku Ammar Raees yang tak cranky, tak cari net Ummi, yang dengar kata Babah (yeayy dah boleh tinggal dengan Babah ni kalau Ummi dapat kelepasan me time)
Itu lah ceritanya mengenai Hospital Serdang. Masa booking appointment untuk cardio test sempat tanya dengan nurse tu 'Parking kat sini memang susah ye Nurse? Staff macam mana pulak parking? Mesti susah juga ya?'
Nurse kata sekarang banyak jalan yang ditutup sebab beri laluan kepada pembinaan Klinik Kardiologi yang baru. Insyaallah 2019/2020 siaplah. Baguslah. Demi kesejahteraan jantung, korbankanlah sedikit keselesaan untuk nyawa orang yang memerlukan rawatan.
Sabar je kuncinya.
ps - I pakai eo Stress Away as a perfume hari tu. Aku yakin, itu juga penyumbang kepada kadar stress yang rendah. Hihiii.
Comments
Terima kasih Angah sudi baca bebelanku hahahaaa!