Meroyan, Stress, Depression - IS REAL.

Assalamualaikum.

Lama jugak aku nak menulis ni. Tulis, berenti. Fikir lagi.

Tapi kali ni aku nak sambung bagi habis. Aku harap apa yang aku share ni bermanfaat bagi yang membaca. Jika tak kepada diri sendiri, kepada orang lain yang korang rasa dia stress, depression tapi they are IN DENIAL.

Aku tak segan nak bagitahu bahawa aku dah lalui tahap STRESS ni sampai aku rasa aku MEROYAN. Yes, lepas bersalin anak aku yang kedua. Macam mana tahap stress aku?

1) Aku marah baby bila dia tak berhenti menangis. 
2) Aku marah anak aku yang umur 2 tahun.
3) Aku menangis, menjerit, meruntun bila anak menangis

Tiga benda ni jer dah nampak aku tak rasional. 
Masa aku berpantang anak pertama - I never feel stress macam ni. I experienced happy moment in berpantang. This time aku macam lost. Serba tak kena. Bilik panas la. Anak asik merengek la. Anak asik bangun la. Anak sulung buat perangai la.

Padahal, masa bersalin Ammar dia lagi kuat berjaga. Siap aku ada masalah luka jahitan, kena makan antibiotik so tak dapat direct bf dia seminggu. Siap kakak aku dan arwah Mak bantu dodoi dia tiap malam sebab dia kerap terjaga. Siap nipple luka sebab aku dan dia tak pandai bf. Masa tu, suami aku ada dengan aku sebulan jer, lagi 2 bulan time aku cuti dia dah balik Melaka sebab kerja.

Berpantang kali ni, aku kat rumah mak mertua. Suami cuti sebulan juga. Mak mertua masakkan tiap hari. Anak sulung mak mentua uruskan semuanya - mandi, makan, tido. Ayah mentua tolong jagakan baby waktu aku makan, mandi. Sepatutnya aku tak stress kan? Tapi kenapa aku jadi macamtu juga?

Benda ni berlarutan sampai aku balik rumah sendiri iaitu selepas 30 hari pantang di rumah mentua sebab suami nak start kerja dah. The battle continue. Aku jadi autocratic dengan anak sulung. Tinggi suara, ringan tangan which is NOT ME at all. Bila anak-anak tido aku akan menangis sepuas-puasnya. Merayu-rayu minta diorang maafkan aku. 😭

Kering darah nifas, aku start solat semula. Lagi aku diuji. Nak angkat takbir anak nangis. Solat hujung-hujung waktu. Ada juga termiss sebab kepenatan tertido sebab banyak berjaga tengah malam. Nak berzikir atau berdoa panjang, anak merengek lagi. Nak susukan baby anak sulung menangis mengamuk sampai aku kena kurung diri dalam bilik...stressnya...........

Dengan suami, whatsapp panjang berjela..ada jer luahan tak puas hati aku..penyelamat aku ialah SUAMI SABAR..(maafkan saya, Sayang) Bila dia balik kerja, tak banyak soal terus bantu urus rumah dan anak-anak..bila dia pergi kerja mula lah aku mengadu semula...kesian dia..

Sampailah satu hari aku luahkan masalah aku ni pada business partner aku cum my senior - Puan Yani. Kata-kata dia yang terpahat dalam fikiran aku yang buat aku seperti diketuk di kepala - YOU MUST ADMIT YOU NEED HELP, THEN YOU WILL SEEK HELP.

Dang! 

Aku tahu ramai orang yang bila berkaitan masalah dalam kepala ni (mental) ni, akan rasa denial. Takut orang anggap kita gila. Takut orang akan anggap kita selamanya gila. 

Tahu tak, kalau kita tak tahu masalah kita, macam mana kita nak dapatkan bantuan? Macam mana orang nak bantu kita? Sedangkan aku yang takde sebab nak stress pun boleh kena post-partum depression (tak tahulah kan tapi aku agak yer lah sebab aku rasa benda ni lepas bersalin kan).

Lepas conversation aku dengan Yani, aku nekad I will do anything to cure my heart. To seek help. Aku pilih alternative method dengan jumpa seorang pengamal Reiki. Yes, sound weird but it works!
Aku menangis dan luahkan masalah aku depan dia. Dia bantu ungkaikan apa punca aku stress.

Tahu kenapa aku stress?

Rupanya aku emosi bila bersalin kali ni takde MAK di sisi aku macam sebelumnya. (Mak meninggal setahun lepas) Tak ada ADIK-BERADIK aku macam sebelumnya (Don't want to share about this) Tu jer. Emosi yang terbawa-bawa. Emosi yang dipendam lama. Terlalu lama. Meleret-leret. Lepas bersalin memang emosi kita sangat fragile and it hit me just in time!

Lepas balik dari session tu, I am emotionally balanced. I feel calm and peace. 

Yang lebih penting - aku jadi emak yang lebih tenang, logik dan normal.
Anak menangis, aku okay jer. In fact, aku ada banyak masa nak buat kerja rumah dan ibadah. 
Allah Maha Baik. Dia hanya beri aku sikit jer ujian. Suapaya aku sedar cepat-cepat.
Emosi anak-anak bukan taruhan. Jangan hanya kerana ego dan malu tak bertempat tu, kita kehilangan orang yang kita sayang. Paling buruk, kita hilang diri sendiri.

Korang, 
Tak okay kalau kita selalu marah-marah.
Tak okay kalau kita selalu fikir negatif pasal diri sendiri dan orang lain.
Tak okay kalau jiwa kita tak tenang.

Cari orang yang baik dan kita percaya untuk luah masalah kita. Cari orang yang boleh bantu kita untuk selesaikan masalah kita. Tak semestinya suami kita, tak semestinya kawan baik kita. It may be anybody yang kita tak kenal pun. Jangan MALU. 

Kita, suami kita, anak-anak kita DESERVE to be happy.
We all deserve to be happy and peace.

Don't deny if we feel bad. Admit it and seek for help.
Allah SWT with you.



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang