Tips Wean Off - Cerai Susu

Assalamualaikum!

Gong Xi Fa Chai to all my Chinese friends!
Rasanya masih ada lagi yang belum naik kerja sebab bercuti lagi kan..
Cuti 2 hari tu, aku balik rumah mentua aja dengan anak-anak. Suami is tengah busy kerja =_=

Malam Selasa tu MIL dah hint minta tinggalkan Ammar Raees..huhuuu.
To be me, susah nak percaya orang dan susah sangat-sangat nak keluar dari comfort zone memang awalnya sangat berkira-kira. Tapi, sampai bila kan? Kena belajar letak kepercayaan kepada orang dan ajar anak untuk adapt any changes in his life. 

Rabu petang, only me and Hana saja yang balik Lendu...bukak pintu rumah jer, takde ribut apa terus nangissssss. Huwaaaaa! Rindu sangat kat anak bertuah sorang tu. Yang sekarang is very talkative. Bila malam, rasa lagi sunyi sebab dia masih tido sama sekatil dengan kitorang kat tengah-tengah. Nak tido jer banyak cerewet dia. Nak kena popok, selimut nak kena tutup badan semua, nak peluk dinosaur lah, nak kena rapat pintu lah. Haihh.

Masa Hana lahir, umur Ammar dah 2 tahun 2 bulan dan still breastfeed wajib sebelum tido. Waktu lain tu, time santai-santai dia lah. Bayangkan, masa sarat pregnant pun dia masih menenen lagi time tido. Tercapok jer atas kita tak kira la perut mak dia dah memboyot pun. Memang stress sebab rasa tak selesa dan sesak nafas. Lepastu bila dah ada baby, mungkin susu rasa makin sedap, asik kan dia jer nak habiskan time nak tido. Geram betul!

Sampaikan bila check up Hana, berat dia sangat slow nak naik! Masa tu dalam kepala ni dah terfikr nak wean-off kan Ammar. Tapi tak nak guna cara yang pelik-pelik sebab kesian kat dia. So, dah slowly bagitau dia baik-baik dia dah besar. Sampai satu tahap, bila dia tengah nenen (time nak tido) tiba-tiba adik nangis. Dia boleh bagi laluan kat adik. Huhuuu. Lagilah rasa berat hati nak wean off sebab dia psycho kita balik like - its okay bf us both. 

Tapi dari hari ke hari yang aku rasa ialah - penat. Menyusukan dua orang ialah sangat memenatkan badan. Mental pun terganggu sebab baby macam tak cukup nutrisi. Selalu fikir mungkin hindmilk tu abang dia dah dapat so adik dapat foremilk jer. Tapi dalam hati ni selalu kata - okay nak wean off Ammar bila both of us are ready. Tak nak paksa-paksa. Lagipun dia dah stage bf  for fun aja.

Sampailah masa Ammar kena Influenza A. Kesian sangat dengan tak lalu makan minum. Doktor pulak suruh asingkan sebab that demam kan berjangkit. Bila Ammar dah recover sikit, adik pulak kena. Huhuu. Just in time, MIL offer untuk jaga Ammar. Pergilah i olls menghantar dia ke rumah MIL. Itulah pertama kali berpisah lebih 1 malam! 

Punya sedih tak tahu nak cakap. Terbayang macam mana dia nak tido tu sebab takde 'net' (nenen). Tapi aku sadokan hati ini. Lepas 3 hari baru call MIL. Dengar suara Ammar, elok ceria. MIL pun bagitau dia okay jer takde nangis teruk-teruk pun cuma nak tido memang nak Ummi. Huhuuu.

Cukup seminggu, aku dan suami pun ambik dia balik. Masa jumpa tu dia da acah-acah nak net, tapi aku bawak-bawak bergurau dengan dia cakap Ammar dah besar kan, no net. Malam pertama jumpa semula tu, memang dia nangis-nangis meraung selak baju aku nak net. Tapi aku cakap baik-baik, no net dan keraskan badan jer sampai dia redha sendiri dan mintak popok jer. Dua tiga malam dia ulang benda sama tapi aku tetap pendirian sebab sayanglah kan dah seminggu berenti tak kan nak start all over kan?

Akhirnya at 2 tahun 7 bulan Ammar Raees is officially wean off. Alhamdulillah. 
Tips nya? Berpisah sementara.
Takde letak kopi ke, minyak cap kapak ke apa.
Aku percaya wean off process is started with talk to your children nicely. 
It may take some time, slowly but surely.

Nak wean off bukan saja libatkan emosi anak tapi emosi kita juga sebagai ibu.
Jangan dengar desakan orang. 
U know your body and you know what your children's need.
Takde istilah berdosa susukan anak lebih 2 tahun. 
Takdenya susu lebih 2 tahun tu takde khasiat dah - it is just anak kita selepas 2 tahun perlukan lebih banyak nutrisi dari real food.

Tak perlulah wean off dengan cara pelik-pelik lagi.
Aku percaya doa tu paling utama. Minta dari Allah untuk mudahkan process ni.

Ammar Raees is a big boy now!









ps - Semua gambar masa Ammar baby  :)

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang