Posts

Hantu, Mana Hantu, Mana Mana, Ada Hantu..

Malas nak cerita. Kang ada yang tak tido malam. Siang2 pun ada hantu, tau? * Allah sahajalah yang perlu kita takuti. * Nak gamba ke?

Hal Hal Perasaan Lagi

Image
Bila kekasih lama muncul kembali. Haishh! * Jangan buat hal. Ya, kamu. (melihat diri sendiri pada cermin)

Macam2 Jadi masa Bulan Puasa, Sekarang Dah Raya Lagi Macam2..

Image
Assalamualaikum! 1. Asalnya kes Sosilawati hilang lagi berapa hari nak raya, akhirnya terungkai juga dengan berita pembunuhan kesemua yang hilang. (Takziah dan Al-Fatihah buat semuanya. Menculik, memukul, membakar dan menabur abu mayat orang ke dalam sungai bagaikan semudah ABC bagi manusia yang berhati binatang. Binatang mungkin lebih mulia? Iya.). 2. Janji sebulan lepas seorang sahabat secara lancar sahaja dimungkirinya 2 hari sebelum hari raya..sempoi pula mengucapkan 'maaf zahir dan batin'. Lihat, memaafkan kesalahan seseorang memang mudah, meskipun aku bukan pendendam tapi siapa boleh melupakannya sepantas memakan rendang? 3. Puak fanatik Indon tak habis nak GERAM dan GANYANG Malaysia. Main taik pulak. Orang Malaysia, jangan main taik. Kotor. Busuk tau dak. Aku babap kang. 4. Namewee? Katy Lim Li Lian menghina Allah? Racist? Aku sedang mencarut. *ps- Jika bangsa lain hina Islam, semua orang Melayu melompat dan claim racist tapi apa yang kita buat bila anak Melayu Islam se...

Bulan.

Image
Assalamualaikum. Tengok atas. Tengok langit. Tengok bulan. Bulan penuh. Cahaya Terang. Terang alam. Bila tengok bulan, jangan kedip mata. Tengok lama-lama. Sakit mata. Silau.. Bila tengok bulan, ingat haribulan? 15 haribulan, bulan hijrah. Ingat haribulan. Ingat tarikh itu. Ingat tarikh itu, teringat pada dia. Teringat wajah dia, teringat senyum dia, teringat air mata dia. Terbayang kesakitan dia. Tercium bau dia. Terdengar suara dia. Semua tentang dia. Ingat tak dia dah tak ada? Dia pergi menemui Penciptanya pada 17 haribulan hijrah. Ya, 17 haribulan Ramadhan. Setahun yang lalu. Rasa-rasa itu tetap ada. Sampai bila-bila. Kerana dia telah pergi dengan membawa bersama separuh dari diri ini. Al-fatihah buat Allahyarham Ayahanda yang tercinta. Anak ini amat merinduimu.

Fadhilat Bersahur : Pesanan Untuk Orang Bujang. Dan Juga Yang Bukan.

Image
Assalamualaikum! Rasullah SAW bersabda, "Perbezaan antara puasa kita(Islam) dengan ahli kitab(Yahudi Dan Nasrani) terletak di atas makanan yang kita makan ketika bersahur, mereka tidak bersahur". ** Santapan ini dimasak pada jam 0136H waktu Malaysia. Ini resepi Fungus Dan Barang Stimbot Masak Asam Ala TomYam Pesen Malas Lagipun Gas Nak Abis Malahan Dalam Peti Ais Pada Masa Kejadian Itu Saja Yang Ada. ** Ini bukan bersahur, ini supper..hehehhh. (Lempang diri sendiri)

Sembahyang Terawih dan Kawin Muda : Ada Kaitan

Assalamualaikum. Di Selangor, kabarnya surau2 imamkan sembahyang terawih 8 rakaat sahaja. 4 rakaat, tazkirah dan sambung balik 4 rakaat. (Kecuali masjid) Ada sesetengah kata : Baguih! Memahami sungguh pemerintah ni. Pemerintah dolu, kojam bongek. Terawih 20 abes kul 10 lebih, esok nak kojer lagi.. Hmmphh..20 rakaat tu tak sesuai zaman nih, dulu Nabi pun buat 8 jer.. Eleh! Berkira ya nak buat ibadat! Yang aku nampak, impaknya sama juga. Masih juga orang merungut. Tazkirahnya panjang maka sama waktu balik dengan orang yang buat 20 rakaat di masjid. Kan baik dianjurkan saja 20 rakaat di semua masjid dan surau. Kenapa nak pupuskan amalan yang baik? 8 ke 20 ke, terpulang pada individu. Mana tahu, sampai rakaat yang ke 8 Allah bagi kekuatan terus sambung 20..ni kalau dah dari awal berkira dengan Allah, macam mana. Lagi pun, benda yang baik, dibuat banyak, Insyaallah hitungannya banyak. Kan? Kan? Kan? Ni satu lagi yang pasal kerajaan Melaka nak bagi kebenaran kawin bawah 18 tahun (lelaki) dan...

Masih Ingat Murtabak Telur Ayam Di Basuh?

Assalamualaikum! Hahahaa!! (Mode hepi) Ini hari kedua puasa, insyaallah. Semalam berbuka di kelas dengan Liza, Farid dan lain2 yang tabah datang lecture. Beraavvooo!! Semalam makan murtabak, beli dekat stadium dengan Puan Roha sebelum datang kelas. Rupanya dah ada jenis baru punya iaitu murtabak besar gabak harga 5 ringgit sekeping. tapi dia tak kata pulak telo ayamnya dibasuh atau pun tak. *ps1 - Terima kasih Allah di atas rezeki ini. *ps2 - Selamat Mempertingkatkan Amal