Pengalaman Buat LASIK

Assalamualaikum!

Tadaaa! Amboii! 2019 dah  nak habis kau baru muncul yer. Hahahaa!
Hmmm. Sedangkan blogger tersohor pun ramai yang tak update blog, inikan pula haku? Heee.
Tapi kan, di arus media sosial yang semakin ganas ni, penulisan kat blog sebenarnya masih relevan lagi. Ramai jer lagi yang suka google apa-apa and prefer baca bahan bacaan panjang. 

Contohnya macam aku lah. Dengan harapan benda yang dicari tu agak berilmiah la infonya tu. Maka di sini pada hari ini, daku ingin berkongsi kepada rukun tetangga berkenaan pengalaman daku membuat laser mata akibat kerabunan.

Akan tetapiiiii...pengalaman ku ini adalah berumur hampir belas tahun yang lampau yer...teknologi lasik ni dah lama yer. Tahun depan dah masuk tahun 2020 kau orang masih ragu-ragu lagi nak buat lasik? Duit di tangan, terusin aja loh. 

Aku buat lasik dua-dua biji mata aku ni pada kadar kerabunan power 400+ tiap mata. Tahap tak pakai chormin mata memang menggagau. Tapi time tu aku dah 2-3 tahun tak pakai cermin mata dah. Pakai contact lense. Tapi, kan leceh pakai contact lense ni. 

Akhirnya dengan duit di tangan, aku pun pegi check mata kat Optimax, Seksyen 9 Shah Alam. Rasanya dah takde dah Optimax kat situ. Dah pindah. Masa tu optometris tu kata kalau ada masalah silau tak boleh buat lasik. Tapi teknologi sekarang tahun 2019 ni aku tak tahu lah.

Jadinya lepas check, aku boleh buat lasik. Set appointment dan proses laser tu buat dekat satu branch dia kat KL. Syaratnya kena bawak kawan kalau drive sendiri dan bawak sunglasses sebab mata tak boleh kena direct cahaya. Yang menemankan aku si Lulu. Dia lah yang anta dan bawak aku balik.

Sakit tak?

Sebelum lasik dia akan drop ubat kebas kat mata. Bila dia kepak mata dan laser tu memang tak rasa apa lah..tapi pandangan akan kabur-kabur dulu. That is why kita tak boleh drive sendiri. Kita akan dapat ubat titis dan juga eye protector (tak tahu nama apa) untuk letak kat mata supaya waktu tido kita tergosok mata ke apa.

So aku malam first tu konon malas nak pakai eye protector tu. Sekali belum tido pun aku dah tergosok mata tanpa sedar. Sakittt tau! So lepastu cepat-cepat aku pakai. Esoknya memang mata cerah macam pakai kanta dah. Time tu rasa bersyukur sangat Allah bagi nikmat mata. Huhuu.

Sebab tu lah kita ni, apa yang Allah bagi kat kita ni kita kena jaga. Kita ni bertuah..Badan kita, anggota badan kita. Jaga elok-elok. Pampered elok-elok. Hargai. Sebab kalau Allah tarik balik pinjaman ni semula......nauzubillahminzalik..Tengok orang lain yang sejak lahir Allah uji dia dengan kekurangan fizikal..kita ni dah dapat, makan yang bukan-bukan..pakai benda yang bukan-bukan kat kulit, muka, gigi..

So, kat bawah ni link macam-macam persoalan pasal lasik.

Tekan Sini

Aku nak buh gambar sebelum dan selepas lasik. Malu ahh!
Hahahaa!


Comments

Angah said…
tahniah...dapat melihat dengan terang kembali ye..
NoWa said…
hihii..terkenang zaman buat lasik dulu..dah lama dah angah..alhamdyulillah tahun 2020 ni masih terang lagi mata..semoga allah pinjamkan nikmat penglihatan ni sampai akhir hayat..aamiin!

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang