Kalau Dah Diri Sendiri Yang Penakut, Janganlah Menyalahkan Penganjur Fun-Fair Pula..

Assalamualaikum!

Hari Sabtu lepas aku dipaksa untuk bawak budak2 pegi funfair dekat TESCO kuala..memang kalau malam2 nampak happening dari jauh tapi apa barang kannnn?? Aku kabo kat kakak aku selaku penyelaras program bahawa mestilah boring pi funfair kat kampung ni..paling kuat pun boleh main 'tikam-tikam' barang jer yang kalau kena tikam baru puas hati..

Aku perasan juga sifat kepatuhan anak2 buah aku berada di tahap yang paling tinggi pada hari Sabtu tu..aku syak dah mesti ada sebab yang terselindung di sebalik kesopanan dan kesusilaan mereka pada hari tersebut..berhajat beno nampaknya diorang nak merasa pegi funfair..

Situasi 1 :

Aku : Hey hey hey sudah sudah kartun, makcik nak tengok CSI

Anak Buah : Alaaa alaaaa Alaaaa!!

Kakak Aku : Ehem! Ehem! Bagi la makcik tengok..nanti makcik tak nak bawak kita pegi funfair macam mana?

Anak Buah : Ye lahhhh..(sambil sepak bola ke arah lampu)

Situasi 2

Aku : Okay, sekarang cakap betul2..siapa lagi cantik..mak cik ke Mak Lang? (sambil makan pelam)

Anak Buah : Hmmmm...

Kakak Aku : Ehem! Ehem! Cakap betul2..sapa cantik...

Anak Buah : Makcikkkkkkk.....

Pukul 7 malam semua dah siap..dua dua pakai baju oren - senang cari kalau hilang kata emaknya..apak diorang bekal 30 ringgit sorang buat bazir2 kat funfair..aku pegi dengan 2 orang kakak aku buat kelola 2 orang makhluk tuhan paling comel + nakal ni..setiap sorang makcik kelola satu makhluk..aku? Driver tak boleh tertekan..lagipun makcik yang ini tengah cari jodoh..jadi tak kuasa nak pimpin tangan budak, lari prospek nanti..

Sampai funfair, masyaallah..ramainya orang..gamaknya orang dari sabak bernam pun turun kuala kot..yer ler, funfair kan..banyak benda boleh tikam..lagi2 ada sudut '1 kail 3 token, Pasti Dapat Hadiah'..sapa tak nak kan?

Mula2 bagi diorang foreplay dulu..naik itik dulu..pusing2 ja..boleh tengok reaksi diorang naik benda ni..sorang 2 token..



Boring, adek?

Lepas habis 5 pusingan naik itik, diorang nak naik keta langgar pulak..Haisshh!! Mana bolehhh, itu untuk orang besar jer..lagipun adek pendek mana sampai tekan minyak..kang melambung melekat kat atap kang macam mana? Aku kabo..terpedaya jugak la dia, termenung pandang atap..agaknya dia fikir kalau melekat kat atap sapa pulak nak bawak dia balik minum susu sambil gentel bantal busuk kan? Hebat makcik dia nih..

Last2 diorang tunjuk nak naik sotong berpusing..beria beno..aku tengok sotong tu apalah sangat..pusing naik atas sikit, turun bawah, naik balik..

MakLang : Naik ja la sotong tu..alaa pusing2 jer..ko teman Haziq..Aku ngan Syafik..kesian budak ni..

Aku : Jom adek ngan Makcik...adek berani ke?

Anak buah aku teruja, angguk2 kepala..dan aku pun naikla..siap anak buah aku pesan 'Mak cik, pakai tali pinggang' dan sotong pun berpusing...........

Lepas turun dari sotong semua jenis permainan pun tak dapat approve makcik nak main dah..termasukla yang ini..



Giler apa nak naik ni? Mengalahkan eye on malaysia..tinggi wooo!!

Yang ni apatah lagi..



Yang ni? Jangan harap...



Malam tu kitorang balik dengan hasil tikam yang amat banyak..nak dekat sepuluh key-chain + 1 mug..okay aper adek??



Sotong puaka kakak aku kabo..aku angguk2 tanda setuju..sambil tahan muntah dan tahan ego..

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.