Bulan.



Assalamualaikum.

Tengok atas. Tengok langit. Tengok bulan.
Bulan penuh. Cahaya Terang. Terang alam.

Bila tengok bulan, jangan kedip mata. Tengok lama-lama. Sakit mata. Silau..
Bila tengok bulan, ingat haribulan?
15 haribulan, bulan hijrah.

Ingat haribulan. Ingat tarikh itu.
Ingat tarikh itu, teringat pada dia. Teringat wajah dia, teringat senyum dia, teringat air mata dia. Terbayang kesakitan dia. Tercium bau dia. Terdengar suara dia.
Semua tentang dia.

Ingat tak dia dah tak ada? Dia pergi menemui Penciptanya pada 17 haribulan hijrah.
Ya, 17 haribulan Ramadhan. Setahun yang lalu.

Rasa-rasa itu tetap ada. Sampai bila-bila. Kerana dia telah pergi dengan membawa bersama separuh dari diri ini.

Al-fatihah buat Allahyarham Ayahanda yang tercinta. Anak ini amat merinduimu.

Comments

Hunny said…
Semoga ayah Nora tergolong di dalam golongan mukminin.. Al-Fatihah..
ana said…
Al-Fatihah....
azza said…
semoga rohnya dicucuri rahmat...amin
my-niezzareena said…
al-fatihah. moga aruah ayahanda nora tenang disana bersama golongan yg beriman.

salam singgah nora, saya link blog awk. silala follow blog saya juge. maceh...

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.