Black Swan - Sempurna

Assalamualaikum.

Dapat juga tengok Black Swan. Punyalah teruja tengok preview banyak kali kat YouTiup sampai sanggup paksa2 orang tengok jugak Black Swan padahal banyak lagi cerita lain. Siap buat homework dengan cuba mengenali siapa Natalie Portman ni, hebat sangat ke alih2 sebok google Natalie Portman's fiancee. Kalau bab2 nak me'lagha' ni memang laju jer. Cuba suruh mengaji. Ambik galah tolong jolokkan. Istighfar.

Orang putih kalau buat filem memang mengarut semuanya. Tapi lepas sehari dua baru sebok2 nak fikir apa moral of the story cerita tu. Kalau ada moral of the story lah. Jadi jangan nak kata cerita Melayu tu semua tak bagus sampai segan nak tengok padahal cerita orang putih pun ada yang hampagas cum pam tandas.

Aku kata :

Mencari kesempurnaan itu kadangkala menuntut pengorbanan. Tetapi terlalu mencari kesempurnaan itu kadangkala boleh membunuh kita.

Mencari kesempurnaan itu boleh, tetapi kesempurnaan itu tidak boleh diharapkan dalam setiap apa yang kita usahakan.

Kesempurnaan akan menekan fikiran kita, tubuh kita, hati kita, semangat kita.
Tapi jangan biar diri kita menekan, menindas, menyakitkan dan melukakan hati orang lain hanya kerana hendak diri kita dipandang sempurna.

ps* - Tak salah untuk sesekali salah dalam apa yang kita buat. Yang penting mengaku tapi jangan menipu.



Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang