THE KING'S SPEECH - Jangan Lupa Lirik.

Assalamualaikum.

Betapa hebatnya kata-kata yang keluar dari mulut seseorang sehingga setiap orang bersetuju dengan apa yang di katanya biarpun ia tidak benar. Kerana yang akan membenarkan, adalah hatinya sendiri.

Dengan kata-kata juga boleh merubah diri sendiri dari baik menjadi lebih buruk. Kerana yang telah didustakan, ialah hatinya sendiri.

Kata-kata juga lah yang memusnahkan kepercayaan dan menghidupkan dendam. Sedangkan hatinya sendiri jugalah yang menolak untuk mengutamakan kebenaran dan keikhlasan. 

Dari kata-kata juga sesuatu yang asalnya adalah sedikit peluang yang baik bertukar menjadi ketamakan dan penindasan. Sedangkan perkara yang perlu ada dalam hatinya adalah rasa bersyukur yang akan mengingatkannya kepada adanya waktu pembalasan.  

Biar apa jua yang dikata, dinilai dengan hati. Hati yang sehabis tulus. Kerana jika tersilap kata, kita akan jadi pendusta kepada hati sendiri. Dan yang mendengar juga didustai.

Ececehhh.

ps* Tak suka Kumpulan Naga.
ps* Ketua Kumpulan Naga ialah penipu. Semoga dia berhenti kerja. Harap maklum. ps* Tak suka. Tak suka. Jangan cakap lagi.


ps* Filem di bawah memang layak menang Oscar. Saya tak tipu sebab saya tak suka penipu.





Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.