Kehilangan

Assalamualaikum.

Ada yang hilang
Ada yang ganti
Ada yang tidak

Hilang suara, sunyi
Hilang cahaya, gelap
Hilang rasa, hambar
Hilang cinta, sepi
Hilang suka, duka
Hilang jiwa, kalut
Hilang iman, sesat

Jika hilangnya dia kerana pergi kepada Illahi
Biar sunyi
Biar gelap
Biar hambar
Biar sepi
Biar duka
Biar kalut
Jangan dibiar perasaan kita sesat

Kerana perginya dia kepada yang tercinta
Yang kekal
Yang abadi

Tinggallah kita, yang akan merindui dia 
Untuk mengirimkan doa yang tak pernah berhenti
Agar nanti bila tiba waktu dijanji
Menyusul pula kita
Untuk bertemu dia yang telah hilang di dunia ini.

~ Al-Fatihah~

14062011

Comments

Angah said…
hidup lawannya mati
dunia lawannya akhirat
akhiratlah tempat nan abadi
ana said…
al fatihah utk arwah ayah nora dan cik hani.
Hunny said…
Al-fatihah..

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir