My Day 2

Assalamualaikum!

Aku paling suka dua movie ni. Sebabnya, aku tengok cerita ni masa aku kecik2 dulu dan aku masih ingat lagi jalan ceritanya selain 'cerita cina'. Heheh. Masa aku kecik dulu (sekolah rendah), tivi kat rumah aku dalam bilik Apak aku. Jadi lepas berita utama, paling kuat pun dapat tengok tilawah Al-Quran, cerita Opah atau yang seangkatan dengannya. Pukul 10 ja, pup terus apak tutup tivi. Nganga semua. Dah pi blah masuk bilik masing2...heheh.

Bila nak masuk remaja, Apak bawak kuar tivi, duk kat ruang tamu. Time ni dah besar sikit, masa Apak tengok berita utama, kita buat2la selak buku rampaian sains. Baru Apak saspek sikit. Kira deserve la tengok tivi lepas abis berita. Apak masuk bilik ja, laju ja aku kalih cerita lain. Dulu TV2 la selalu mainkan cerita omputih.

My 1st favourite movie : Dying Young.


Cerita ni Julia Roberts yang acting. Heronya tak berapa kenal sangat. Tapi google kata Campbell Scott nama dia. Filem ni pasal Julia jadi nurse yang jaga hero ni sakit leukimia. Sebab hero ni kaya jadi dia gajikan nurse untuk jaga dia kat rumah. Kira Julia ni akhirnya bercintun lah dengan hero ni lepas pelbagai onak duri beranjau yang dilalui kerana hero ni banyak kerenah ditambah pulak dia sakit nak mati dah time tu. Best woo cerita ni.
Ta-ching!

My 2nd favourite movie : The Shawshank Redemption

Aku ingat sebab aku tengok cerita ni masa aku Form 1 kot. Cerita ni main kat TV2 masa birthday aku. Siang tu aku dok tunggu kot family aku celebrate birthday aku, kot2 ada kek dalam peti ais, ada hadiah bawah bantal, tapi sampai ke malam, tak ada! Jadi aku bukak tivi, cerita ni start. Aku pun tengok sampai habis. Lepas cerita tu habis aku pun tulis dalam diari aku 'Hari ni tak ada orang ingat birthday aku. Sedih. Tapi mungkin semua orang sibuk. Tadi tengok cerita 'The Shawshank Redemption'. Nice movie. Make me happy on my birthday'.

Haha! Lawakkk!! Tragis la tu konon. Lonely masa birthday. Budak Form 1 la katakan...Hehehehh!! Tapi cerita ni memang genius la. Pasal banduan escape dari penjara.

ps - Cerita paling best dalam hidup ialah bila kita masih boleh senyum bila kita tak dapat apa yang kita nak.

Comments

ana said…
haaaa...dh boleh pun komen! :)

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang