Campur-Campur
Assalamualaikum.
Dasar pemalas update blog. Maaf, ini masalah hormon.
Tiap kali ada cerita nak kongsi, dah cakap dah dalam hati 'nanti update kat blog'. Tapi, tu la kan..sapa suruh cakap dalam hati.
1) Kuasa Pengguna
Dasar pemalas update blog. Maaf, ini masalah hormon.
Tiap kali ada cerita nak kongsi, dah cakap dah dalam hati 'nanti update kat blog'. Tapi, tu la kan..sapa suruh cakap dalam hati.
1) Kuasa Pengguna
Aku sekarang boikot kedai-kedai makan yang jual makanan mahal tak tentu pasal. Contoh jual mee ala2 mee maggi harga 8 ringgit semangkuk. Konon kita kena bayar lebih sebab tempat makan tu cosy atau kedai tu terletak dalam shopping complex yang high standard. Boleh blah.
Lagi satu aku tak faham sesetengah orang yang condemn Kedai Rakyat 1 Malaysia tu. Pada aku itu salah satu usaha yang baik. Macam aku, kalau setakat pencuci pinggan aku pakai cap pelik2 aja sebab murah. Asal bersabun dan boleh cuci pinggan. Lainlah nak cuci muka kan. Heheh. Sepatutnya kita ambik kesempatan terhadap kedai-kedai murah ni. Tengok apa barang yang kita boleh beli pada harga dan kualiti yang munasabah. Nak bangkitkan soal ingredient dan safety? Sila buat kajian terhadap semua barang yang ada kat pasaran jugak. Baru adil.
Kalau diri sendiri malu nak bawak barang cap Giant atau Tesco inikan pula nak gendong barang ada logo besar ya amat 1 Malaysia tu kan? Ala terus terang je la..ni la dia orang yang malu tak kena tempat. Tau nak up standard aja. Kat rumah sendiri pakai sabun pinggan cap Axion tapi mak kat kampung pakai sabun cap kapak ja cuci pinggan. Hipokrit! Awww.
Logo kecik sikit, boleh? Heheh.
2) Adab pegi tempat orang dan adab meludah.
Pada aku isu Adam Adli turun bendera tu aku faham begini. Adik Adam nak hantar memo kan kat PWTC. Lepas tu Adik Adam pi ramai-ramai kan. Okay, Menteri tu pun dah kata okay nak sambut Adik Adam dan kawan-kawan kan. So Adik Adam pun dah hantar memo kan. Lepas tu Adik Adam nak provoke lah sikit kan. So, Adik Adam pegi kat tiang bendera kat situ, Adik Adam turunkan bendera gambar PM lepastu naikkan bendera persatuan. That's it.
Umpamanya cenggini. Aku pergi rumah kawan aku sebab nak hantar kad kawin. Lepas tu bila aku sampai, aku nampak dekat dinding rumah kawan aku ada gambar monyang dia, atuk dia, abah dia. Hello, aku tak berapa suka dengan abah dia soooo..aku turunkan gambar abah dia. So, aku paku gambar bakal suami aku kat dinding tu pulak..hmmm..puas hati aku. Lepas tu bila Mak kawan aku balik, aku dah blah dari situ. Kawan aku pun dah taruk balik gambar abah dia sebab taknak Mak dia tahu. Tapi adik kawan aku dah pecah lobang dulu, ngadu domba kat Mak dia. Tiba2 aku bukak facebook, Mak dia tag video kat aku. Mak dia cakap, kalau dia jumpa aku siap dia nak tampaq aku, nak ludah muka aku.
Aku kah atau Mak dia yang salah dalam hal ni? Come on...common sense, come on.... :)
ps1 - Biar papa asal bergaya. Kau pakai baju mahal pun kalau spenda kau berlubang2 di dalam apa lah gunanya. Jangan berlagak boleh?
ps2 - Yang mana salah tu, salah lah..Tak payah nak backing-backing.
ps3 - What goes around come around. Karma.
Comments