Pengomen (Apakah)

Assalamualaikum.

Kalau aku baca blog orang, aku paling suka baca comments. Lagi2 blog politik. Sebab dekat blog politik jer aku boleh hilang stress. Sebab aku rasa orang yang comment dekat blog politik tu tabah2, hati kering, jujur dan dalam tak sedar diorang hiburkan hati aku dengan comment diorang yang lawak2. Apa nak stress sangat pasal isu politik? Politik tu sebahagian dari hidup dan apa jadi pun kita kena teruskan hidup. Heheh.

Tadi masa blogwalking aku bukak blog Kak Senduk. Ada entry dia mintak pendapat readers macam mana nak hilangkan blackhead whitehead dia. Selain daripada jawapan tipikal putih telur dengan biore pore pack, mari kita lihat apalagi petua yang dicadangkan kepada Kak Senduk.. Hihi. 

aeedy said...


1) tumbuk cili padi sambil duduk sopan bersimpun
2) kaut dgn 2 jari runcing gajah
3) sapu pada muka dan biar terkena mata juga
4) muka akan merah dan cantik jelita..

sekian..

sri sara semah camelia said...


kak senduk mudah jerr..
1..bahan..putih telur..ikan bilis..tepung gandum ..sedikit garam n juga sedikit gula..air dr mata air jgn dilupa..
uol bancuh semua tu..bg sampai pekat..then panaskan minyak..amik sudu n cedok goreng satu2..pastu..toskan minyak..amik cili sos n cicah..sedap kak senduk./..tmbah2 ada kopi o..gerenti senduk jd shantique

Anonymous said...


ko rebus air sampai gelegak pahtu tu tuang je kat muko ko nok, gerenti hilang bukan je white head ko tu red, black, yellow, purple head habis ilang nok, sah2 ko jadi head master lepas ni nok. pakej rebusan air tu akan membuatkan muko ko berubah nok dagu pun akan jadi panjang x yah la ko nak tenyeh2 botox ke sheltox bagai, lenkap lepas ni ko akan cantek nok percayalah kata ku.

ZeRri3 said...


Guna air mata duyung...
*swim... swim... (,--)

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.