Berjalan Dan Jatuh.



Assalamualaikum.


Oh yes. Baru-baru ni pegi berjalan dengan kawan-kawan dekat shopping complex baru dekat Shah Alam.
And yes, aku jatuh terjelepuk di khalayak 'beberapa orang strangers' sebab leka berborak guna handphone dan tak perasan lantai tu macam bertangga sikit .
Malu? Oh yesss.

Hahaaa! Tapi apa nak buat kan..hidup mesti diteruskan. Bak kata kawan aku yang menyaksikan kejadian penuh keintiman tersebut 'siapalah yang tak pernah jatuh depan orang ramai..'
So..sapa-sapa yang tak pernah lagi jatuh depan orang tu..jaga-jaga haaa..

Nak share satu benda menarik pasal Space U8 tu. Pujian patut diberi kepada pemaju, arkitek dan pihak-pihak terlibat yang sangat tidak berkira sediakan kemudahan surau bertaraf 5 bintang. Sangat selesa, luas dan menenangkan. Ini macam, baru perniagaan boleh maju. Hehehh.

Hoih-hoih. Tak reti aku nak pusing gambar ni. Nasiblah.

Hoihh. Tak reti lagi.
Ni tempat ambik wudhuk.

(Ni dia rotate sendiri. Magic)
Part ni best. Dalam surau ni, keliling dia ada air terjun. Mendamaikan aja.

Lepas tu, surau ni terletak kat end lot. Tak macam typical surau yang lain. Kalau nak kira dari segi monetary, boleh rugi la kan. Tapi niat orang yang allocate surau ni kat end lot memang tak kira untung semata la. Siang-siang, cahaya dari luar dah cukup terang.

ps1 - Alhamdulillah. Sebenarnya dunia ni semakin dipenuhi dengan orang-orang yang baik.

ps2 - Pegi la nonton wayang waktu weekdays, tak ramai orang, surau tak penuh, orang kat   foodcourt pun dah jerit 'Selamat Datanggg' dari jauh.

ps3 - Surau dia...best.



Comments

Angah said…
alhamdulillah..ada juga pemaju yang perihatin, menyediakan surau yg selesa. kebanyakan shoping komplek yg angah selalu pergi, surau nye ciput je...
..nOWa.. said…
ya angah, saya pernah berada di dalam surau yang boleh muat 1 orang saja utk bersolat. Diulangi, SATU ORANG!

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.