Pengkid Dan Lesbian. Suratan Atau Kebetulan.
Assalamualaikum.
Ntah.
Pada aku, ini bukan suratan untuk kita menjalani hidup secara menongkah arus. Bukankah Allah beri kita panduan untuk hidup secara lurus, baik dan benar?
Melainkan kau lahir sebagai khunsa, bolehlah kata itu sebagai suratan. Tapi itu juga bukan alasan untuk hidup secara tamak dan menjadi biseksual. Sebab agama Islam telah menetapkan cara untuk mengatasi dan memuktamadkan ini.
Kalau kau perempuan baik yang pernah dikecewakan lelaki atau lebih sedih telah 'dijahanamkan' hidup oleh lelaki, juga bukan satu alasan untuk hidup melawan arus. Apatah lagi melawan agama. Hilang rasa percaya bukan alasan untuk hilang pedoman hidup.
Pada aku, jika kita ada kawan perempuan yang berasa dia 'lelaki', jangan seksa jiwa dia dengan lebih banyak lagi dengan jadi 'girlfren' dia. Kau cuma seksa dia. Dan kau sangat jahat sebenarnya. Sebab at the end, bila kau jumpa lelaki sebenar yang mampu beri kau perasaan indah untuk menjalani hidup sebagai isteri dan ibu, kau akan tinggalkan 'boyfren-perempuan' kau ni. Pasti. Kau takkan boleh hidup tanpa lelaki. Atau sekurang-kurangnya ada perasaan untuk disayangi oleh lelaki. Allah dah kata dalam Al-Quran. Kenapa kau nak melawan?
Macam mana pulak dengan kawan-kawan lain tak kira lelaki perempuan yang wish pasangan ini 'semoga bahagia till jannah', 'semoga kekal bahagia selamanya', 'hmm, sepadan.'?? Aku anggap kau orang ni kawan paling hipokrit dan bodoh tahap kuasa 54 dalam dunia ni. Kalau setakat nak jadi kawan yang hanya mampu mendoakan perkara jahanam lebih baik cedera dilanggar kereta saja. Baru korang faham apa rasa Allah tarik nikmat hidup sikit-sikit.
Walaupun aku pernah lalui pengalaman digoda dan hampir dicabul 'lesbian tua' sikit masa dulu tapi aku tetap doakan makcik ni supaya dia sedar orientasi seks dia yang songsang dan rakus itu takkan bawa dia pegi jauh dekat dunia ni. Apatah lagi dekat akhirat. Sampai masa, dia akan rasa terseksa sebab penat berpura-pura hidup cara sempurna di mata orang lain. Sebab perkara yang terbaik yang patut dia lakukan ialah berhenti melayan perasaan setan, berhenti berpura-pura dan mula kembali memperbaiki diri untuk sesuatu yang abadi. Akhirat kita.
Aku doakan semoga kita semua kembali kepada jalan Allah. Biar sakit, biar perit. Biar sikit-sikit, biar perlahan, yang penting istiqamah. Aamiin.
ps - Kau cantik, kau baik. Allah kan ada. Kenapa nak takut.
Comments