Day 11 - A Photo Of Your Favourite Place To Eat

Assalamualaikum.

Amboiiii. Kemain lagi korang yer. Kemain pemalas nak baca blog aku. Huahuahuahuaaa!

Benda yang aku selalu lupa untuk buat ialah ambik gambar bila aku pegi tempat yang best ataupun makan benda yang best. Bukan apa. Time makan, aku tak berapa suka sebok-sebok ambik gambar. Tapi aku paling suka baca entry pasal share makan-makan yang best kat blog orang lain. Acaner tu? Hahahaa!

Senang cenggini la. Aku up jer tempat makan yang aku pernah pegi yang aku rasa best. Secara pukal gitu. Tapi ingin aku tekankan di sini bahawasanya aku adalah seorang pemakan yang tidak cerewet. Benda yang tak sedap bagi aku cuma yang tak boleh dimakan saja. Jadi sedap dan best adalah sesuatu yang tidak dapat aku ungkapkan secara spesifik. Ni nak kena penampar ke apa ni. Banyak cakap pulak yer. Hak hak. (Gelak kahak)

Ops! Dan satu lagi. Semua gambar adalah sumber google. Kan dah kata tak suka amik gambar. Reti.

Ke-Satu! 

D'Kayangan Buffet Steamboat, Shah Alam

Aku pergi baru-baru ni dengan Aza, Su dan Huda. Kira reunion jajahan Selangor la kononnya. Nak rezeki, masa nak bayar, Aza belanja. Alhamdulillah. Mungkin sebab itu aku rasa ini adalah stimbot paling berbaloi aku pernah makan. Hahaaa! Tapi memang pilihan makanan sangat banyak, makan sedap, tempat pun selesa. Macam makan buffet hotel. Kalau korang standard makan Mandarin Hotel atau Palace Of Golden Horses jangan nak melahar aku pulak. Ni standard rakyat bukan ada-ada macam aku, dah cukup hebatla bagi aku tempat ni. Lain-lain info, google please.


Ke-dua!

Teapot Deli, SACC Shah Alam

Ni memang port aku dengan geng 'Hey Souls Sister' aku kalau aku singgah Shah Alam. I recommend you all to try Roast Chicken (Jujur, aku pernah dapat ayam yang dah berbau, dan dia akan ganti dengan ayam yang baru. Problem solved. No problem kan.) Nasik goreng dia pun sedap. Scones (sebut 'se-kons'. Hahaa!) pun sedap. Dekat sini, banyak menu orang putih. Jadi aku selalu salah pronounce. Bila kena gelak dengan adik waiter, lagi aku sebut tak betul. 'Adik, bagi akak 'cu-ri paf' satu yer'. Hahaa! Ada orang ketagih teh tarik kat sini. Sedap gamaknya kot.


Teapot Deli, Tingkat 2 SACC Mall. Eh! Tingkat 3. Eh! Lupa. Haha!

Roast Chicken. Yummyy!

Se-kon. Ahaks!

Ke-tiga!

The Sumbs, Shah Alam

Ni first time aku pegi, Puan Roha bawak. Ok juga tempat ni. Makan dalam kotak jer. Aku makan apa, tak ingat. Western la. Sekali tengok menu ada Churros. Tu la first time aku try makan Churros. Memang sedap. Sekali balik terus google resepi Churros. Jangan buat perbandingan antara Churros The Sumbs dengan Churros aku. Rupa jauh berbeda namun rasa lebih kurang sama. Hahaaa!

Churros The Sumbs

Churros Aku. Hahaa! Buat kat opis siang tadi. Dah piping bag rosak. Coklat jenama Nona pulak tak mau cair. Sengaja nak jatuhkan imej aku la Churros ni. Heeeee.


Mesti korang tak puas hati kan? Apasal kat Shah Alam semua? Hahaa! 

ps - Opis aku tengah renovation. So, kitorang main masak-masak. Semua orang suka. Bos pun suka. Heee.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.