Grilled Chicken Wrap - Kemain.

Assalamualaikum.

Amboiiiii. Tajuk persis tukang masak profesional gitu. 
Aahhh! Persetankan itu semua. Mood memasak dah datang. Acaner? Acaner? (Rasa nak lempang tulis macam ni).

Tu belum aku cakap 'aq emang rajin masak. Tak cam qoe'. Tu macam mana pulak rasa? Nak sekeh atau apa? Aku rasa layak tumbok je muka tu. Ye laa..aku pun tulis blog pun guna bahasa fancy-fancy gak tapi takdelah alien sangat tulisnya. Kannn.

Ah. Nah dipersembahkan resepi aku versi cincai-boncai.


Bahan-bahan

1) Timun secukupnya
2) Tomato secukupnya
3) Daun salad secukupnya
4) Ayam diperap (minyak bijan, serbuk lada putih, kicap manis, bawang putih, garam)  dan di grill
5) Cili benggala secukupnya (aku grill jugak)
6) Mayo + Thousand Island
7) Whole grain wrap sekeping atau selayaknya berapa keping nak dimakan sesuai banyak bahan 1-5

Cara- cara membuatnya seperti yang saya gambarkan di Rajah 2.

Cara memakannya, ikut suka hati kau oranglah.

ps - Tadi makan kek coklat kukus atasnya lapis puding karamel. Nak buat tak reti (baca pemalas) order je. 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang