Benda-Benda Yang Menyakitkan Hati.
Assalamualaikum.
Apa khabar adik-adik semua? Gantung kasut sekolah nampaknya yer..Hihii..
Nanti lagi sehari nak bukak sekolah baru menggelupo letak kasut belakang peti ais. Hahaa! Ada lagi ke macam tu? Kalau adik-adik tidak mengalami perkara sedemikian atau tidak memahami lawak akak ni, itu petanda bahawa akak dan kawan-kawan akak yang pernah mengalami ni dah tua. Oh dunia ini! Penuh kepalsuan....(tiba-tiba)
Okay. Hari ni aku nak bagitau salah satu benda yang menyakitkan hati time bercinta. Satu je aku bagitau dulu. Ianya ialah......
Kau merajuk sebab boyfren kau tak angkat telefon, tak whatsapp, tak FB Messenger. Dari teknologi ni semua kau boleh nampak last status manusia-manusia ni online. Kau akan faham apa maksud 'seen', apa ertinya 'online' apakah maknanya tanda 'satu right, double right' (baca ra-it) kau akan belajar apa itu 1h, 17hr...kau akan ngerti semuanya..hihii.
Nak jadikan cerita, lepas call kau tak berjawab kau terus merajuk secara drastik. Kau off handphone, kau log out FB. Kau sendu-sendu. Meratap hiba. Tak lama. Dalam 2 jam 30 minit gitu.
Bila kau dah bertenang, dah mengaji, dah berdoa kau rasa tenang sikit. Kau pun expect macam-macam.
'Ni kalau aku on handphone ni mesti ada message masuk.'
Kau pun on handphone. Log in FB.
Sunyi. Damai.
Kau tak putus asa. Kau tunggu 5 minit....10 minit...15 minit....
Kau menggelupo lagi..
Takde mesej masuk. Status whatsapp 'last seen today at subuh tadi'. Status FB Messenger makin bertambah jamnya tanda dia tak online.
Kau bertukar jadi Cikgu Izzudin. What the fish! What the fishhhhh!
Merajuk kau yang 2 jam 30 minit tadi ternyata sia-sia. Hahahaaaaa!
Kau buat keputusan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Bila dia respon nanti, barulah kau merajuk bagi memastikan ianya efektif.
ps - Bukan cerita aku, ni cerita orang lain. Aku kan Mak Guard je. Heeeeeeee.
Comments