September Ten.

Assalamualaikum!

Alhamdulillah..bila terjaga pagi ni, masih bernafas dengan udara yang Allah pinjamkan..masih panas darah yang mengalir dalam tubuh badan yang Allah pinjamkan, terbaring selesa di atas tilam dan bantal yang empuk melalui kelapangan rezeki yang Allah kurniakan, masih sihat tubuh badan, berfungsi baik seluruh pancaindera yang Allah pinjamkan, terjaga dalam pelukan suami yang Allah pinjamkan sementara di dunia ini..semoga Allah pinjamkan dia lama sikit..

Sesungguhnya segala-galanya yang aku miliki sekarang adalah pinjaman dari Allah SWT semata-mata. 

Semoga pertambahan usia ini menambahkan lagi kematangan dan kesabaran dalam menjalani hidup. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada aku dan menguatkan semangat aku untuk istiqamah. 

Semoga Allah memelihara dan melindungi semua yang aku sayang. Menjaga seluruh ahli keluarga, guru-guru dan rakan-rakan. Dan melimpahkan rahmatNya ke atas kesayangan-kesayangan aku yang telah meninggal dunia.

InsyaAllah, aamiin.

************

(Pagi tadi @100600H Sep 2014)

Aku : Sayang, hari ni hari apa?

Dia : (Lama krik-krik) Hmm. Rabu.

Aku : Uhuk-uhuk. Hari ni hari jadi saya.

Dia : Taklah. Esoklah.

Aku : Hari ni laaaaaa. Semua orang dah wish saya. Awak je belum.

Dia : Ye ke. Jadi, sedih la ni?

Aku : Ye la. Uhuk uhuk ohok ohok ahak ahak (Menggeletis)


Terima kasih Tan Sri wish saya pagi-pagi. Auto-send pun takpe. I lap u Tan Sri. Heee.

ps - Tips newlywed : Kurangkan sentap, tambahkan mantap. Hahahaaaaa!

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang