Letupan Telo Masin

Assalamualaikum!

Uhuk-uhuk.
Ini kali pertama 'berpisah' dengan suami sejak menikah. Seperti separuh jiwaku pergi gitu. Tido dalam tangisan la malam ni kerana kerinduan. Ehek.
*Petir sabung-menyabung*

Hahaaa! Alaaa..nak manja-manja sikit pun tak boleh. Tonjer aku balik rumah Mama dia. Almaklumlah, kami akan dipersandingkan sekali lagi hujung minggu ni kat rumah dia pulak. Haruslah rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Lagipun, sapa yang mampu cuti kawin total 4 hari jer? Mestilah aku jer yang mampu kan. So, hari Jumaat nanti baru aku balik rumah Mama. Heee. 

Time duduk sendiri-sendiri ni kemain hebat pulak rasa panahan rindunya. *guruh*
Masa seminggu lepas kawin tu, Tonjer aku duduk rumah jer macam anak dara sunti. Keja dia tunggu aku balik kerja. Haaahaa! Lahaiii..bahagia jer rasa bila kita balik ada makhluk comel pura-pura tido mintak ditempeleng manja.

Ada satu hari tu, bila aku balik time lunch break, suami aku cerita la dia lupa nak tutup api masa masak air. Habis berasap satu rumah. Sebab cerek elektrik aku rosak, kitorang masak air guna periuk kaca. Aku pun membebel la. Gitu gini. Bla Bla. Bahaya. Kang terbakar rumah. Rentung.

Time tu pulak aku dengan separuh baju kerja tengah siang sayur kangkung. Bajet bila balik kerja kang dah jimat sikit masa. Pung pang-pung pang kat dapur lebih kurang aku pun pegi kerja balik.

Sekali tu, dalam pukul 4 lebih kurang, Tonjer call. Woww! Romantiknya. (Dalam hati)

Aku : Ye, sayang.

Dia : Awak masak apa?

Aku ; Hah? Masak apa? Bila?

Dia : Tadi laa...

Aku : ?? Allah...saya rebus telur masin..sorry Yang..

Tut..Tut..Tut....Letak telefon terus. Marah leteewww. Hahaaa!! 

Gigil kaki mak ni noksss. Tatut nak balik rumah. Giler, 2 jam lebih rebus telur, ntah apa jadi telo masin aku tu. Hahaaaa!! Tu la...membebel lagi kat suami, Allah balas cash jer. Hihii..ampunkan dinda, kanda..heeeee.


Tu dia tu diaaa..meletup tau telo tu..habis terpercik satu dapo..Hahaaa!

ps - Telo yang direbus meletop, berasap satu rumah, bau busuk..Huhuu.
ps - Nak bebel kat suami berpada-pada. Hahaaa!




Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang