Cerita Kahwin - Kad Jemputan
Assalamualaikum!
Hola-holaaaaa! Alooohaaaaa! Hahaaaa! Intro mesti kasi lebih sikit la sebab sekarang dah berdua..Hihi. Oyo oyo oyo!
Alhamdulillah..MasyaAllah...
Seminggu ni banyak indahnya. Kalau ada yang busuk pun, ialah bau kentut suami sendiri jugak. Jangan nak berangan fasa bulan madu kentut bertukar jadi wangi yer. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh juga. Hal rumahtangga. Hihii. Apa pun, syukur sangat ada juga yang sudi menjalani hidup ni bersama, susah senang, baik buruk, menangis ketawa. InsyaAllah, hingga hujung nyawa. Sayang 83465938753859827423 persen! Alah. Nak over sikit pun tabuli. Jeles sesaje la korang ni. Heeee.
Ni nak share hal-hal persiapan untuk B2B. Kot la ada yang nak jadikan panduan. Tak nak kalu, pi jauh-jauh dari sini. Hihi. Aku start dengan kad kawin dulu. Yang lain-lain nanti kemudian kalau rajin.
Ok, nak tempah kad ni sebenarnya stage paling akhir sekali at least DUA (2) bulan sebelum tarikh kenduri. Tapi depends on what kind of material dan design kad yang korang nak jugak. Ni kira tempoh yang selamat lah. Kedai printing yang 'baik' selalunya ambik masa sebulan untuk print kad. Dan selepas kad siap, kita ada masa lagi sebulan untuk buat edaran kad. Just nice, kan? Jangan buat semua benda last minute. Sebab kau akan jadi pengantin yang stress. Bila kau stress muka kau tumbuh jerawat, badan kau tak mau kurus. Percayalah cakap aku. +_=
Masa tempoh bertunang, aku dah survey kad kawin. Sepatutnya dalam tempoh bertunang tu, dah muktamad dah tarikh nikah kenduri. Sebab suami aku Power Rangers kaler Hijau, maka bab tarikh ni jangan nak buat main. Suka-suki nak tukar-tukar. Time dah muktamad tu, berdoa je lah biar takde apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah.
(Yada-yada ni nampaknya. Heee ampun. Well, you know me)
Keyword google aku mestilah 'kad kahwin murah dan cantik' kannnn. Haruslah. Beli lah ikut kemampuan dan bajet. Lagipun, kad jemputan ni kau kena tabah pilih dan hati kena kental sebab bukan semua orang simpan kad kawin kita. Ada yang baca pastu, dah. Tips aku ialah :
1) Jangan tempah kad secara online. Yang kau tak tahu kedai kat mana. Pergi kedai!
2) Macam no. 1!! (Penting ok.)
Akhirnya aku berjumpa dengan www.kadlawo.com. Dan antara ciri-ciri baik dia ialah :
1) Dia ada kedai cawangan hampir kat semua negeri.
2) Design kad dia melethoopp Neelofa gitu. Up to date dan fresh. I like.
3) Price is quite reasonable due to design.
4) From their website kita dah boleh pre-design dan quote harga. Sooo easy-peasy. I love this much!
Aku pilih design, quote harga through their website, then pegi kedai dia dekat Anggerik Mall, Shah Alam, tengok material, finalized design then bayar deposit. Settle.
Dalam 3 minggu, kad siap, bayar balance then aku amik dekat kedai. Customer service dia bagus juga. Keep updating me the draft so that kita boleh buat apa-apa ammendment. Nora bagi 5 bintangggggg! Hahaa!
Ni contoh design kad yang aku shortlist time tu.
Ni taste aku la. Sekali tu, masa nak bayar deposit tu design pilihan aku telah dicantas dengan rakus sekali maka akhirnya aku kena lah redho dengan pilihan sekutu-sekutu lainnya. Asalkan jangan pengantin lelaki aku dicantas sudah. Hihiii.
Finally..
Ni taste aku la. Sekali tu, masa nak bayar deposit tu design pilihan aku telah dicantas dengan rakus sekali maka akhirnya aku kena lah redho dengan pilihan sekutu-sekutu lainnya. Asalkan jangan pengantin lelaki aku dicantas sudah. Hihiii.
Finally..
Klasik gitu.
ps - Saja-saja rekemen.
Comments