Posts

Showing posts from January, 2015

Kejarlah SemampuMu Sayang

Image
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Mood hari ni ialah swing. Kisah ke korang? Tak kan. (Nampak tak? Hahaaa) Sejak berumahtangga ni memang cara hidup berubah 360 darjah. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Gituuu.  Bukan merungut, bukan mengeluh. Tapi kesibukan dan kepenatannya memang luar biasa. 24 jam sehari bagaikan tak cukup. Ujian Allah. Macam telur dengan ayam, yang mana dulu? Di rumah atau dipejabat?  Dirumah, ada suami, anak, mak ayah, adik beradik, kawan baik dan keluarga yang perlu dijaga. Bukan jaga makan minum pakainya saja, malah hati dan perasaan juga perlu dijaga.  Datang ke tempat kerja, ada lagi amanah menanti. Amanah kepada bos, klien, officemate. Itupun perlu dijaga keperluannya termasuk hati dan perasaan juga. Ada lagi? Pemberi nyawa, pemberi rezeki, pemberi hati. Bila pula masa diperuntuk kepada Dia? Di akhir hari? Di tengah atau di mula? Jadi yang mana satu yang nak dikejarkan dulu? Ini pendapat aku. Boleh jadi b...

Resepi Tertunda

Image
Assalamualaikum. Hola-holaaa! Apa kabauuu..aku tanya apa kobaaaa?  Mak aihhhh. Ni kira cabaran nak publish sekaligus banyak resepi dalam masa yang berbaki beberapa minit sebelum balik rumah and bergegas masak. Suami habis duty u olls. Hahaaa! So, dah faham lah kan kenapa lately ni tak ter inspired nak tulis entry baru kan. Inspirasi sangat =_=  So, memperkenalkan resepi ketama! 1) Kek Coklat Moist Bajet Kek Anis. Tajuk mana boleh kalah. Tapi serius senang dan outcome memang marvellous. Dapat resepi ni pun dari blog ini . Tengkiu kakak. Dapat pulak buat topping dia banyak-banyak sampai melimpah-limpah. Puas hati ni. Amboi. Tu dia. Kek akak bajet Anis. Heee. Resepi kedua! 2) Victoria Sandwich Ini memang nama betul dia. Jumpa resepi ni dekat facebook group Resepi Ringkas. Sedap tapi nak membuatnya agak melecehkan jugak ler. Setakat ni sekali jer aku buat. Hahaa! Tapi korang kena buat sebab sandwich ni cantik. Heeee. Bahan dia ialah ro...

30DBC - 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku

Image
Assalamualaikum. Waaahh. Hujan yang turun dengan lebatnya kala ini menambah lagi debaran untuk mengungkit nostalgia lama. Kah. Kah. Kah. Well, I was born to be a naturally singer. Oh, well. Sejarah telah membuktikannya. Kah. Kah. Kah. Mati laaaa puji diri sendiri. Dah tu. Tak kan nak mengeji? Cukuplah dengan dosa mengeji orang lain jangan ditambah lagi. Heeee. (Gurau pun tabuliiii) Aku cuma nak bagitau yang aku suka lagu. I am kind of updated la jugak dengan lagu-lagu yang keluar kat radio. First time dengar "Badebest, badebest" gigih google search..heee. Konsep lagu tema masa bercinta ni aku takde sangatlah..Cumanya setiap siri percintaan aku (mak aihhhh poyo di situ yer. Hahaa!) ada la lagu spesifik yang 'in' dengan situasi time tu. Boleh la penerangan aku ni. Aku jer yang faham pun. Hahaa! Aku tak sertakan link Youtube sebab aku malas.  1) Mungkinkah Terjadi - Spider Dengar lirik je dah tau aku yang terhegeh-hegeh dalam siri ni kan...Haha!   ...

2015.

Assalamualaikum. Tahun ni tak macam tahun lepas, awal-awal dah set bermacam-macam azam baru. Sebab azam tahun 2015 ni tak boleh capai dalam masa setahun but it takes life to achieve it.  Cuma berharap, berusaha dan berdoa dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain terutama kepada suami, keluarga, kawan-kawan dan di tempat kerja. 2015, banyak cabaran yang akan muncul, juga pasti ada perkara manis untuk dikenang. Walau tak ramai yang akan tetap berada di sisi, yang masih setia dan sudi setia, aku harapkan dapat bersama-sama memimpin dan membimbing aku menjalani hidup ni sehingga nafas aku berhenti.  Yer, entry ni agak syahdu bunyinya. Tapi itulah aku. Keras di luar, jeli di dalam. Umpama daging yang membaluti lemak. Atau di mana kedudukan lemak sebanarnya? Heeee. Semoga Allah sentiasa melembutkan hati aku untuk  menerima hidayah dan petunjukNya. Semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang aku sayang serta merahmati kehidupan kita sem...