Kejarlah SemampuMu Sayang
Assalamualaikum.
Salam Jumaat. Mood hari ni ialah swing. Kisah ke korang? Tak kan. (Nampak tak? Hahaaa)
Sejak berumahtangga ni memang cara hidup berubah 360 darjah. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Gituuu.
Bukan merungut, bukan mengeluh. Tapi kesibukan dan kepenatannya memang luar biasa. 24 jam sehari bagaikan tak cukup. Ujian Allah.
Macam telur dengan ayam, yang mana dulu? Di rumah atau dipejabat?
Dirumah, ada suami, anak, mak ayah, adik beradik, kawan baik dan keluarga yang perlu dijaga. Bukan jaga makan minum pakainya saja, malah hati dan perasaan juga perlu dijaga.
Datang ke tempat kerja, ada lagi amanah menanti. Amanah kepada bos, klien, officemate. Itupun perlu dijaga keperluannya termasuk hati dan perasaan juga.
Ada lagi?
Pemberi nyawa, pemberi rezeki, pemberi hati. Bila pula masa diperuntuk kepada Dia? Di akhir hari? Di tengah atau di mula?
Jadi yang mana satu yang nak dikejarkan dulu?
Ini pendapat aku. Boleh jadi berbeza dengan orang lain.
Allah ada di mula, di tengah dan di akhir hidup kita. Allah ada dengan kita setiap masa. Hak Allah, jagalah sebaik mungkin. Solat dan amalan. Perbaiki, jangan malu perbaiki. Jangan tinggalkan terus. Bimbang hati jadi keras dan hidayah makin jauh dari kita.
Selalu kita sambil lewa urusan solat. Kalau lah Allah tunjukkan rupa dan marah kita macam mana Bos kita marah kita kalau kita salah buat kerja, agak-agak macam mana ye?
Allah Maha Pengasih. Kita lupa kepada Dia, kita abaikan hak Dia, tetap Allah beri apa yang kita nak. Duit gaji masih masuk bulan-bulan. Boleh belanja isteri, keluarga.
Bagi aku, dalam hidup ni kejarlah semuanya. Tentukan keutamaan. Kalau kita kejar satu, kita akan dapat satu juga.
Kalau kita kejar kerja, kita dapat apa yang kita nak dalam bekerja. Tapi keluarga tertinggal di belakang semakin jauh.
Tapi kalau kita kejar hal keluarga jer, keluarga makin dekat tapi prestasi kerja pulak makin jatuh. Lama-lama mungkin hilang kerja.
Kalau kita kejar hal akhirat saja, tak peduli keluarga, tak peduli kerja, boleh jadi kita dapat pahala amalan yang kita kerjakan tapi dalam masa yang sama dosa kita sama naik tinggi sebab abaikan tanggungjawab kita pada pihak yang ada di dunia.
Allah tak susahkan kita. Cuma kita yang susahkan diri sendiri dan kedekut nak buat pengorbanan. Nak selesa saja.
Nak kejar semua, pasti ada pengorbanan. Yang kena berkorban itu ialah diri kita sendiri.
Sebab pengorbanan kita kepada semua yang kita sayang, kita mungkin tak cukup tido, duit kita mungkin banyak habis, badan kita mungkin penat sikit dan mungkin ada hati yang akan terluka sebab kita tak dapat puaskan hati semua pihak.
Yang pasti setiap pengorbanan, pasti ada balasan yang baik.
Tak cepat, lambat.
Tak di dunia, di akhirat.
Kepada Mak yang saya cintai,
Maafkan Kak Cik kalau masa dan perhatian untuk Mak semakin berkurang.
Sebab Kak Cik sekarang perlu mendahulukan suami.
Kak Cik pertaruhkan nyawa yang ada, yang Mak gadaikan untuk lahirkan Kak Cik untuk terus berbakti semampunya dan jadi anak Mak yang paling manja.
Kepada Bos yang saya hormati,
Maafkan saya kalau sekali-sekala terpaksa menolak urusan di luar kawasan.
Menolak untuk buat overtime. Cukup masa, bergegas nak balik rumah.
Saya ada amanah yang saya pinjam dari Allah untuk saya jaga keperluannya.
Masa yang ada di pejabat, saya cuba jadi pekerja yang terbaik.
Untuk sahabat yang dikasihi,
Maafkan diri ini jarang-jarang dapat bersuka-suka seperti masa gembira kita yang dulu-dulu.
Kadang-kadang bila berjanji, terpaksa pula mungkiri.
Pelbagai tanggungjawab menanti diri ini. Keluarga dan kerja.
Selagi tali persahabatan ini masih aku pegang, aku usahakan kita semua tetap berhubung.
Suamiku,
Maafkan diri ini kerana tidak akan pernah jadi sempurna untuk kamu.
Bantu dan didiklah diri ini agar menjadi isteri yang menggembirakan hati.
Allahu, Ya Allah.
Bantu aku jalani hidup ini melalui jalan yang kau redhai.
Beri aku petunjuk dan hidayahMu.
Beri aku kesabaran yang tinggi.
Kasihilah suamiku, ibuku, keluargaku, guruku dan sahabatku.
Izinkan kami berada disyurgaMu bersama mereka yang telah mendahului kami.
ps - I am okay.
Comments