2015.

Assalamualaikum.

Tahun ni tak macam tahun lepas, awal-awal dah set bermacam-macam azam baru. Sebab azam tahun 2015 ni tak boleh capai dalam masa setahun but it takes life to achieve it. 

Cuma berharap, berusaha dan berdoa dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain terutama kepada suami, keluarga, kawan-kawan dan di tempat kerja.

2015, banyak cabaran yang akan muncul, juga pasti ada perkara manis untuk dikenang. Walau tak ramai yang akan tetap berada di sisi, yang masih setia dan sudi setia, aku harapkan dapat bersama-sama memimpin dan membimbing aku menjalani hidup ni sehingga nafas aku berhenti. 

Yer, entry ni agak syahdu bunyinya. Tapi itulah aku. Keras di luar, jeli di dalam. Umpama daging yang membaluti lemak. Atau di mana kedudukan lemak sebanarnya? Heeee.

Semoga Allah sentiasa melembutkan hati aku untuk  menerima hidayah dan petunjukNya. Semoga Allah sentiasa melindungi orang-orang yang aku sayang serta merahmati kehidupan kita semua. Aamiin.

Dah, dah. Tak payah nak sedih-sedih. Dengan bersedih ingat kerja boleh jalan ke? Hihiii.

ps - Banyak entry tertangguh 2014 terutama eksperimen memasak aku kemudian la aku up kan. 

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang