Posts

Showing posts from February, 2015

Capello By Nina

Image
Assalamualaikum. Ni cerita basi dah ni. Tapi barang baik kan haruslah nak kongsi. Kot-kot stalker aku yang paling setia berminat nak cuba kan. Silakannn. Hehehhh.  Ok, standby yada-yada aku ok. Mukadimah harus panjang. Heee. Cerita dia masa aku balik kampung sensorang bulan lepas. Selalu kalau ada weekend yang free, aku akan balik kampung. Nak jadi cerita, Tonjer pulak duty. Selepas merayu dan menggoda, dapatlah keizinan balik kampung sensorang. Yeayy! Aku punya tanduk pun tumbuh sikit-sikit. Heee. Apa lagi terus buat temujanji dengan kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa mendambakan aku untuk buat aktiviti lagha. Hahaaa! Dapatlah melepaskan rindu ni. Thank you korang. U know who you are. Petang tu sebelum balik kampung aku date dengan Cepet pulak. Keluar dengan minah ni taste harus macam datin-datin. Badan sakitlah, kepala peninglah. Dan-dan nak pegi spa. Kebetulan aku nak potong rambut, so kitorang decide nak pegi saloon je. So, here we are. Ni kedai dia...

Makcik Gayah (Bukan Nama Sebenar)

Image
Assalamualaikum. Halo-halooo. Apa macam cuti tahun baru cina? Melekat dalam jammed tak? Hihii. As for me, alhamdulillah. Cuti panjang yang sangat adventerous dan seronok. Ada la cerita dia tu. Lain kali lah share. Malam tadi, ada kenduri tahlil rumah Mama. Sebagai menantu solehah hah hah hah haruslah sampai paling lambat sekali lepastu bila dah sampai terus buat-buat sibuk sehinggakan semua orang tak tahu yang diri ini baru jer sampai. Hahaaa! Macam biasa, Ayah masak sedap, menu mesti power. Asam pedas daging tetel, solok cili, sayur keladi masak lemak, ikan goreng dengan sambal belacan air mata air tangan Mama. Perghhhh! Cerita dia masa drive balik tu biasa la sembang-sembang karut dengan Baby Tua I tu. Dia kalau aku bercerita memang macam manot jer dengar. Muka selenga jer macam tekun. Tapi hakikatnya dia jer yang tahu. Hahahha! Dah la dia selalu komplen cerita aku selalu panjang. Aku pulak ada masalah suka cerita benda yang sama ulang-ulang kali. Hihii. Penyakit kot...

Resepi Pencuci Mulut - Tub Tim Krob - Sengkuang Cina

Image
Assalamualaikum! Hola-holaaa! Dah buat ke resepi aiskrim aku bagi tu?  Apaaaaaa? Beluuuum? Pemalas kan. =_= Lebih-lebih pulak aku kan..Hihiii. Ada satu hari tu, kitorang pegi family outing and makan kat Johnny's. Biasa dah makan kat situ lagipun Mak dengan kakak aku suka makan stimbot. Masa order dessert ni, memang impressed laa. Apa benda yang liat kat luar tapi rangup di dalam? Hihii. Kakak aku pun kata la ni sengkuang Cina dia pernah tengok kat tivi. So, resepi kali ni aku ikut macam kakak aku cakap. Cuba jaya jer. Kebetulan nak raya Cina, sengkuang ni memang tengah banyak diorang jual. Tapi jangan beli yang putih tulis ngakau ke hapa ntah. Yang tu bukan. Beli yang cenggini. Bahan -Bahannya. 1) Sengkuang Cina - ikut nak banyak mana. Satu bunjut tu pun dah banyak sebab kena potong dadu. 2) Pewarna - kalau ikut nama resepi ni, dipercayai bermaksud 'merah'. Tapi ikut aku, suka hati. Hee. 3) Tepung ubi secukupnya untuk coating. 4) Susu cair...

Resepi Aiskrim Coklat Sedap Mak Aihhhhhh.

Image
Assalamualaikum. Rindukan resepi Akak yang sedap dan senang? Yang menjauhi penderhakaan terhadap resepi?  Hihiiii. Selalu dah buat aiskrim tapi buat yang oreo standard je..Tapi yang ni resepi aiskrim coklat. Malam tadi masa tengah layan FB, sekali tu terpancar resepi aiskrim ni. Eh. Macam kacang pis jer and bahan pun ada. Yang penting tak guna TELUR dan OVALETTE. Terus screen capture dan menuju ke dapur. Tengah sibuk keluarkan bahan, Tonjer balik tanpa sebarang notis. Jadiiiii? Tak jadi la buat aiskrim.......hahahaaaa! Gurau pun tabuli. Yang betulnya, Tonjer aku pegi pangkah FB aku, dibukaknya COC dia. So, tak dapatlah nak bagi kredit resepi ni dari mana asal usul. Mohon halalkan lah tuan punya badan yer. Bahan-Bahannya! * 1/2 cawan serbuk koko * 1/2 cawan gula pasir * 1/4 cawan gula perang * 3/4 cawan susu full cream * 1 1/2 cawan whipping cream Anchor (aku guna kurang dari ni dalam 1 cawan kot sebab itu je yang ada) *1/2 sudu kecil esen vanila * S...