Resepi Aiskrim Coklat Sedap Mak Aihhhhhh.

Assalamualaikum.

Rindukan resepi Akak yang sedap dan senang? Yang menjauhi penderhakaan terhadap resepi? 
Hihiiii.

Selalu dah buat aiskrim tapi buat yang oreo standard je..Tapi yang ni resepi aiskrim coklat. Malam tadi masa tengah layan FB, sekali tu terpancar resepi aiskrim ni. Eh. Macam kacang pis jer and bahan pun ada. Yang penting tak guna TELUR dan OVALETTE. Terus screen capture dan menuju ke dapur. Tengah sibuk keluarkan bahan, Tonjer balik tanpa sebarang notis. Jadiiiii? Tak jadi la buat aiskrim.......hahahaaaa! Gurau pun tabuli.

Yang betulnya, Tonjer aku pegi pangkah FB aku, dibukaknya COC dia. So, tak dapatlah nak bagi kredit resepi ni dari mana asal usul. Mohon halalkan lah tuan punya badan yer.

Bahan-Bahannya!

* 1/2 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan gula pasir
* 1/4 cawan gula perang
* 3/4 cawan susu full cream
* 1 1/2 cawan whipping cream Anchor (aku guna kurang dari ni dalam 1 cawan kot sebab itu je yang ada)
*1/2 sudu kecil esen vanila
* Secubit garam

Cara-Caranya!!

1) Satukan serbuk koko, gula pasir dan gula perang dalam bekas dan sebatikan.

2) Masukkan susu dan hand whisk hingga sebati. Boleh juga guna blender.

3) Masukkan pula whipping cream dan whisk lagi. Letak esen vanilla dan garam. Whisk sebati.

4) Tuang campuran dalam bekas untuk disejukbeku. Aku guna bekas aiskrim Le Creamia tu, dengan adunan ni dapat separuh bekas je. So kalau nak buat banyak, u all gandakanlah bahannya.

Sebab aku melebih-lebih, aku campurkan coklat chip dan sudahi dengan sunflower seeds. 

Bekukanlah selama-lamanya.................

Ini hasil aiskrim aku buat malam tadi, makan malam ni. Tadaaaaa!

Serius sedap. Macam aiskrim coklat berprestasi tinggi. Kalah Walls. Hihii. Over.
Kalau baru kuar dari peti ais macam keras batu nak kaup, biar seminit jadi macam brownies sejuk.
Pergh. Pergh. Pergh.

ps - Ps1, Ps2. Pstt.Pstt.

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.