Resepi Pencuci Mulut - Tub Tim Krob - Sengkuang Cina

Assalamualaikum!

Hola-holaaa! Dah buat ke resepi aiskrim aku bagi tu?  Apaaaaaa? Beluuuum? Pemalas kan. =_=
Lebih-lebih pulak aku kan..Hihiii.

Ada satu hari tu, kitorang pegi family outing and makan kat Johnny's. Biasa dah makan kat situ lagipun Mak dengan kakak aku suka makan stimbot. Masa order dessert ni, memang impressed laa. Apa benda yang liat kat luar tapi rangup di dalam? Hihii. Kakak aku pun kata la ni sengkuang Cina dia pernah tengok kat tivi. So, resepi kali ni aku ikut macam kakak aku cakap. Cuba jaya jer.

Kebetulan nak raya Cina, sengkuang ni memang tengah banyak diorang jual. Tapi jangan beli yang putih tulis ngakau ke hapa ntah. Yang tu bukan. Beli yang cenggini.



Bahan -Bahannya.

1) Sengkuang Cina - ikut nak banyak mana. Satu bunjut tu pun dah banyak sebab kena potong dadu.
2) Pewarna - kalau ikut nama resepi ni, dipercayai bermaksud 'merah'. Tapi ikut aku, suka hati. Hee.
3) Tepung ubi secukupnya untuk coating.
4) Susu cair satu tin. Yang betul-betul cair tu, goncang ada bunyi. Heee.
5) Susu kotak full cream. Ni aku mandai jer. Resepi asal guna santan.
6) Gula secukupnya.
7) Nangka. Dihiris. Aku tak letak sebab aku tak boleh makan nangka. Nanti kentut terlampau. So aku ganti dengan kacang merah dalam tin dan jagung (bukan cream)

Caro-Caro Eh.

1) Kupas sengkuang dan potong dadu kecik-kecik.
2) Rendam sengkuang dalam pewarna. Sebab aku poyo, aku guna tema warna Red Giant + JDT.Hee.
3) Dah lekat warna, tapis dan gaul dengan tepung ubi. Jangan tebal sangat nanti kembang.
4) Rebus dalam air mendidih. Timbul kaluuuuu, angkat dan toskan.

Untuk kuahnya caro den.

1) Panaskan susu cair + susu full cream
2) Masukkan gula dan rasa.

Siappp!


Tema bola konon. Sekali tu, biru + kuning bukan ke jadi hijau. Team Kedah terus..Huhuu.
Merah aku tu kurang, tu jadi macam pink.


Simpan dalam peti ais, makan masa sejuk. Sedap oh.

ps - Mak aku paling supportive bab memasak ni. Mak lah yang belikan sengkuang. Lagi-lagi tau menantu hantu dia suka makan ni, lagi suruh aku buat cepat-cepat. Tengkiu Mak. Love u!




Comments

~adeQ~ said…
nak yang dah siap boleh....hehehehe...

Sedapnya sengkuang cina!!!
..nOWa.. said…
Bolehhhhh..turun Melaka, mai singgah rumah saya Shida.. :)

Popular posts from this blog

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.

Permata Yang Hilang Dan Kamasutra.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir