Capello By Nina

Assalamualaikum.

Ni cerita basi dah ni. Tapi barang baik kan haruslah nak kongsi. Kot-kot stalker aku yang paling setia berminat nak cuba kan. Silakannn. Hehehhh. 

Ok, standby yada-yada aku ok. Mukadimah harus panjang. Heee.

Cerita dia masa aku balik kampung sensorang bulan lepas. Selalu kalau ada weekend yang free, aku akan balik kampung. Nak jadi cerita, Tonjer pulak duty. Selepas merayu dan menggoda, dapatlah keizinan balik kampung sensorang. Yeayy! Aku punya tanduk pun tumbuh sikit-sikit. Heee. Apa lagi terus buat temujanji dengan kesayangan-kesayangan aku yang sentiasa mendambakan aku untuk buat aktiviti lagha. Hahaaa!

Dapatlah melepaskan rindu ni. Thank you korang. U know who you are. Petang tu sebelum balik kampung aku date dengan Cepet pulak. Keluar dengan minah ni taste harus macam datin-datin. Badan sakitlah, kepala peninglah. Dan-dan nak pegi spa. Kebetulan aku nak potong rambut, so kitorang decide nak pegi saloon je. So, here we are.


Ni kedai dia kat Seksyen 7, Shah Alam. Dekat dengan Jakel tu.
Good job Nina! Aku bangga Nina buat 'Women Only' Salon yang affordable tapi eksklusif.


Hari tu aku potong rambut guna Senior Hairstylist charge cuma RM50. Plus aku cuci rambut guna treatment syampoo (tambah RM5) dan beli syampoo. Memang affordable. Saloon pun selesa dan cantik, staff friendly dan yang penting aku puas hati dengan potongan rambut aku. Memenuhi spesifikasi! 

So, u all boleh lah cuba. I love Nina! Nina! Nina! Nina!!

ps - Dah kawin, nak potong rambut pun kena minta kebenaran suami tau. Ni dah tahap rambut kembang semangkuk, wajarlah suami aku bagi kebenaran. Kah! Kah! Kah!

Comments

Ainul Mustafa said…
Tak tau pulak ada kt shah alam.kena try ni
Ainul Mustafa said…
This comment has been removed by the author.
..nOWa.. said…
Silakan Puan Ainul..affordable..terima kasih sudi singgah sini :)

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.