Welcome 2016!
Assalamualaikum.
Ada kat ofis ni di kala ramai ibu-ibu dan bapak-bapak yang bercuti uruskan hal masuk sekolah anak-anak. Macamtu lah pengorbanan emak dan ayah zaman sekarang. Tak sanggup tengok anak-anak susah. Berbeza cara emak ayah zaman dulu. Anak-anak diajar berdikari sebab anak zaman dulu (read me) lebih kental jiwa. Sorry, but this is fact ok. Tak nak eloborate lebih-lebih, just my two cents.
Tak sangka esok dah tahun 2016. Rasa tahun ni cepat sangat berlalu. Takde pun letak azam atau aims for specific target untuk 2016. Cuma ingin tambah usaha menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah.
Teringat, aku pernah draw azam tahun 2011 dulu kat blog ni. Jom kita tengok sikit apa dah jadi after four years. Hahaaa!
Fasa 1
Aku target nak sambung belajar oversea lepas aku complete my PLK study when I'm 31. Alhamdulillah, I did it! Selepas tu aku bajet nak sambung Master kat oversea. Ceewahh. Alhamdulillah jugak, aku sambung jugak right after graduate but unfortunately, aku hanya buat kat local university je itupun........separuh jalan. Huhuuuu. Sebab pada hujung 2012, aku berhijrah ke Melaka. Rezeki....
Aku anggap, sambung belajar tu tetap perjuangan yang aku akan selesaikan juga nanti. Insyaallah.
Fasa 2
Kalau tengok fasa 2 aku bajet gedik nak kahwin masa umur 32. Konon-konon berjumpa jodoh kat tempat belajar lalu ke jinjang pelamin. Masa tu aku masih jahil erti 'ajal, jodoh, pertemuan di tangan Allah'. Asikla pandai menyebut, tapi masih tak faham rahsia Allah yang terbesar itu. Huhuuuu. Tersasar. Tapi akhirnya Allah temukan jodoh juga untuk aku dan settle down masa umur aku 33 by year, atau lebih tepat 32 tahun 11 bulan. Heeeee.
Terima kasih Allah, pinjamkan suami yang baik dan penyayang ni untuk aku. Semoga kami kekal bahagia dunia akhirat..aamiin.
Fasa 3
Aku target nak tunaikan haji sebelum umur aku 40 tahun. Ada 6 tahun lagi jika panjang umur. Mohon doakan ye. Apa yang berlaku dalam tempoh sebelum aku capai 40 tahun pun banyak yang tersasar dari jangkauan asal. Konon aku nak tukar kerjaya jadi lecturer/tutor or anything in academic line. Or else, aku remain dekat ofis lama. Nampaknya, Allah buka rezeki aku dekat gedung ilmu juga tapi bukan sebagai pengajar. But Alhamdulillah, I am happy enough now.
Kesimpulan
Tak salah kita ada azam atau sasaran hidup. Tapi kita kena ingat Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita asalkan kita minta, amal dan bersangka yang baik-baik.
Setiap hari yang dilalui adalah hari yang terbaik dari Allah. Tak ada hari yang malang atau hari yang tak bernasib baik bergantung pada sejauh mana kita redha atas apa juga yang terjadi.
Semoga kejayaan sentiasa bersama anda semua! Ok, skema penutup.
ps - 2016, tak sabar tunggu kamu datang. Terima kasih Allah, beri umur ini. :)
Comments