Bersanding.

Assalamualaikum.

Holaaaa! Buat apa tu hari Ahad? Heeee. Ni tengah masak ni. Apa tak nya, terlebih tido hari ni. Heeeeee.

Bangun pagi ni (sebelum pukul 12 tengahari kira pagi la kan. Ahaks!) tiba-tiba terus terfikir isu bersanding. Ntah apa angin yang datang, nak bersanding lagi agaknya. Hahaa!

Sebelum ni ada bincang dengan sorang kawan pasal isu pihak lelaki yang tak ikut timing bersanding pihak perempuan atas alasan nak solat dulu. Last-last, masa bersanding orang dah takde sebab dah lewat.

Hmmm. Ni pendapat aku la..

Baguslah kalau ada pihak yang utamakan masa solat. Memang itu pun yang utama sebab bersanding tu bukanlah WAJIB. Silap-silap haribulan, acara bersanding mendatangkan dosa je.

Macam aku, masa plan nak kawin memang nak buat yang wajib-wajib aja. Tapi sebab nak meraikan hajat keluarga terutama Mak, aku ikutkan asalkan tak bertentangan dengan hukum syarak dan tak membazir..

Ada la juga pelamin, ada juga baju pengantin, ada jugak tepung tawar..simple-simple jer. Bersanding pun pukul 12.30 tengahari. Pak pung pak pung pukul 2 petang dah settle sanding dan makan beradap semua. Pukul 3 petang tetamu dah reda, aku pun naik bersih mekap, solat dan tukar baju kurung. Alhamdulillah, sempat solat....

Sebenarnya, terpulang pada kita sendiri..Pandai-pandailah rancang perjalanan program. Orang lain mengikut aja..kalau dah tetamu terlepas nak tengok kita bersanding, takdenya dia suruh kita bersanding sekali lagi..

Yang paling penting ialah kita mesti jaga sensitiviti semua terutama soal agama dan ibadah..

Pada aku, pihak lelaki tu buat benda yang betul..silapnya dia tak komunikasi dengan baik dengan pihak perempuan..baru nak satukan dua keluarga, dah ada sentap sini sana..apa lah salahnya bincang baik-baik kan...

Itu lah pendapat aku.


Terima lah gambar paling senonoh masa aku makan beradap dulu. Ahaiiii. Sayang, jom kita bersanding sekali lagi? Mau dakkkkk?

ps - Kenduri kawin sangat memenatkan yer....... =_+

Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.