Mix Feelings.

Assalamualaikum!

Lahaiiii. Semakin sendu dah blog ni kannn. Itu hari lama tak post entry, ada beberapa follower yang unfollow. Eceewahhh. Hihii. Takpe lah tu. Lumrah. Kalau dah sepi jer orang pun naik boring juga kan. Hari ni, terperasan ada sorang follower baru. Terima kasih, U. Terus bersemangat nak tulis entry baru.

Sebenarnya aku ni kalau nak post entry macam skema-skema sikit. Kalau ikutkan banyak daily life story yang nak kongsi tapi seakan tak mampu gituu. Heeee.

Hari tu, bawak student pegi half-day trip ke Rumah Seri Kenangan, Cheng. Sebenarnya aku selalu lalu depan rumah ni tapi tak tahu pun yang ni rumah orang-orang tua. So, itulah pertama kali aku dapat masuk rumah orang-orang tua. Selalu tengok dalam drama tivi jer.... =_='

Tak tahu lah nak cakap macam mana. Cerita sedih dalam drama tu sebenarnya kadang-kadang bukan sekadar drama. Sebab anak-anak zaman sekarang memang ada yang sampai hati hantar Mak Ayah diorang dekat sini. 

Ikut maklumat, ada juga orang tua kat sini yang sukarela untuk tinggal kat rumah tu walaupun masih ada waris (suami/isteri/anak/adik-beradik/saudara). Itu buat aku terfikir..kenapa?

Seharian kat sana, kadang-kadang macam terasa wajah-wajah yang aku tengok tu macam pernah terjumpa kat mana-mana. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan. They just like our Ayah and Mak. Badan susut, kedut di tangan, muka, kadang-kadang tersenyum dan banyaknya yang merenung jauh. Sesekali ketawa bila terhibur dengan apa yang kita sembangkan.

Pendek kata : Terlalu banyak yang dipendam dalam hati.

Sempat aku bergurau dengan sorang penghuni yang paling 'talkative' kat situ. Pada hemah aku dia mungkin ada sikit 'nyanyuk' sebab dia suka menyanyi tiba-tiba dan bercakap yang merapu.

Aku : Pakcik, cuba nasihatkan sikit student saya ni. Dia muda lagi. Apa Pakcik nak kata kat dia?

Dia : Ishh. Takpe lah. Macam mana Pakcik nak nasihat. Pakcik pun tak betul, nak.

Dia ketawa. 

Aku terdiam. Sedih. Sebenarnya dia juga punya perasaan. Rasa rendah diri. Cuma pura-pura gembira dan lebih senang dianggap 'tak betul' oleh orang lain. 

Teringat cerita yang pernah aku terbaca pasal sahabat Nabi yang sangat dikagumi kerana memiliki seorang anak yang soleh. Apabila sahabat bertanya 'Apakah amalanmu sehinggakan anakmu ini menjadi anak yang begitu soleh?'

Lalu dia berkata 'Aku telah berdoa kepada Allah SWT agar dia menjadi anak yang soleh sebelum aku berkahwin lagi.' 

Wallahualam.


ps - Semoga takdir hidup kita dan anak-anak kita ialah menjadi anak yang soleh dan solehah. Aamiin.

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang