Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir
Assalamualaikum.
Salam malam Jumaat. Heeee.
Sejak dulu walaupun sebelum kahwin lagi, diri ni selalu jadi tempat rujuk pihak-pihak yang tertentu (yang mana selesa lah kan). Kadang-kadang untuk dapatkan second opinion pasal kerja, pasal masalah peribadi dan kadang-kadang masalah rumahtangga.
Bukanlah bermakna diri ni macam bagus atau apa, tapi mungkin kebetulan masalah tu pernah dilalui atau pandangan kita tu menyenangkan hati pihak yang memerlukan. Wallahualam.
Sejak berumahtangga ni, macam-macamlah perkongsian masalah yang diterima. Bila macamtu, bukan je kita terkesan dengan masalah orang lain, malah menjadikan kita lebih berusaha memperbaiki diri sendiri juga termasuk rumahtangga.
Maklumlah rumahtangga ni terbina atas kasih sayang (insyaallah) dua pihak yang berbeza segala-galanya. Dalam hati manusia, siapalah yang tahu kan. Sebab tu, kita kena berserah diri kepada Allah. Sebab Allah berkuasa ke atas segalanya yang ada dimuka bumi ini termasuklah ke atas hati-hati kita.
Amalkanlah selepas solat fardhu zikir yang ajaib ini untuk melembutkan hati kita dan pasangan dan berdoalah yang baik-baik untuk rumahtangga.
"Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir "
(Maksudnya Maha Mulia, Maha Perkasa, Yang Megah)
Berzikirlah dengan yakin untuk ketenangan hati sendiri dan semoga bertemu jalan keluar segala masalah.
Sentiasalah ingat bahawa ujian yang diturunkan oleh Allah itu bukanlah bertujuan menyakitkan kita tetapi adalah sebagai asbab untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Kita minta bahagia, Allah beri bahagia. Insyaallah, yang penting kita usaha.
Percayalah bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Yakin atas segala usaha yang kita buat.
:)
Comments
still crazy2 wlu dah jadi bini org ek..
kipidap..hehehe