Salam Jumaat

Assalamualaikum!

Hola-holaaa! Heeeee.
Alhamdulillah. Hari ni muka ada senyum. Petang ni insyaallah balik kampung! Yeehaaaa!!
Hari tu kan baru balik tapi hari ni Ebob ikut sekali. Bukan apa, dia tu selalu belot. +-+
Lagi pun Mak Mertua dia dah rindu sangat kat dia ni. Termasuklah pakcik bai sebelah rumah tu, pandai pulak bertanya mana suami, tak balik ka? Hahaaa!

Ebob aku ni kadang-kadang tu pasal makan pun belot. Bila tanya nak makan apa malam ni sebab nak prepare awal la kan masak. Dia kata tak nak makan. Ceewaahh. Kemain terbongkang lagi kita kat rumah. Sekali tu bila dia balik, dia nak makan nasik, ikan goreng dengan sambal belacan. Huwaaaaaa. Luluh hati ni kan sebab ikan masih membatu lagi dalam peti ais kannnnnnn. Kita bukan apa, tak nak lah dia tertunggu-tunggu lama, tapi dia relax je pun. Bini yang menggelupo. Hahaa!

Tapi tu lah manisnya rumahtangga ni. Belot-belot pun, tetap sayang. Muahh! 

Tak tahu lah macam mana traffic dari Melaka ke Selangor hari ni. Maklumlah, nak cuti panjang kan. Tapi takpe lah, takde apa yang nak dikejar pun kan.

Tak sabar rasanya! I miss my hometown so mucho-mucho gracias. 

Makkkkk! Tunggu orang balikkkkk!

Comments

Popular posts from this blog

Aurat - Aku Dengan Anak Buah.

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang