Testimoni - Air Fryer Philips HD9220 Viva

Assalamualaikum.



Semalam benda alah ni sampai kat ofis, semalam jugak terus test try cuba. Maklumlah, ni kira gadget idaman. Orang lain dah lama pakai, aku baru nak sakai. Hihiii. Lama tau tunggu. Aku beli through instagram UKshop4malaysia harga RM549.00 kapasiti 0.8kg. Yang ni bukan digital tau. Kalau yang digital harga dalam RM700++ camtu.

Tapi tau lah beli barang dari UK ni memang jauh lebih murah tapi menuntut kesabaranlah. Tapi aku suka sangat tunggu di samping bayaran pun boleh installment. Hehehee. Aku tengok untuk model yang sama macam ni dekat Shopee RM676, 11street RM589, Senheng RM699, Lazada RM607. 

Disebabkan terlalu teruja, tema buka puasa semalam ialah airfryer. Hahahaaa!

1) Ikan Bakar Airfryer Dengan Sambal Petai


Ni ikan kembung. Ada lagi sekor ikan cencaru. Tapi Tonjer I dah balun dulu tak sempat nak snap. So memang kena potong sikit ekor cencaru tu baru boleh muat 2 ekor ikan ni dalam tu. Kalau semua ikan kembung aku rasa muat kot 3-4 ekor. Lagi satu tips dia, aku lapik ikan tu dengan potongan terung. Memang niat aku nak grill terung tu sekali pun. Tapi sebab banyak review kata yang ikan akan melekat kat tray tu so aku ambik langkah pencegahan lah. Hihii. Tapi next time rasanya boleh jer kalau nak balut daun pisang terus. 


 Tengoklah tu tahap kemasakan dia. Memang cun. Ni kepanasan 180 darjah masa dalam 15 minit macam tu. And one more, sambal aku tak grill sekali yer. Kang well done pulak sambal aku tu. Cuma kalau nak grill sayur-sayur tu, kena kurangkan masa sikit kot.


Ni kudapan moreh. Hihii. Aku amik frozen drummet dengan wing yang masih berais tu and masuk terus dalam airfryer. Takde nak chill-chill dah. Kepanasan 200 darjah masa 15 minit. Perghhhh! Juicy-juicy you! Serius lagi sedap dari deep fry (walaupun frozen food ni tak bagus tapi sedap acaner tu heeee)


Ni pulak bekal anak aku pagi tadi. Dah la aku tertido depan tivi, sekali sedar dah pukul 7 suku. Bontot anak pulak yaki-yaki bubut. Terus ambik keledek siap perap malam tadi (olive oil+anchovy powder+mix herbs) taruk dalam airfryer, set suhu 180 darjah masa 10 minit. Zasss pergi mandikan diri dengan anak sekali. Tak payah nak jenguk-jenguk kuali ke apa. Memang airfryer ni sangat-sangat membantu! Anak pun dapat makan yang sihat-sihat.

Best ke tak best? :)

Cuma ketidaklebihan airfryer ni ialah :

1) Kalau dah set masa tu, tak dapat diundur kembali. So, lebih baik set masa kurang. Masa dia tengah kerja tu, boleh jer bukak tengok. So kalau kurang masak ke apa, boleh tambah masa.

2) Bunyi dia kuat la jugak. Tapi tak annoying pun.

3) Leceh sikit sebab kena basuh lagi-lagi kalau yang melekat kat jaring tu. Aku pakai berus gigi jer.

Lain-lain, semua best!

ps - Nak masak apa yer petang ni.



Comments

Popular posts from this blog

Keajaiban Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Do's And Don'ts Semasa Berpantang

Spa Yang Paling Best Di Shah Alam.